Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia

split image of longest duration in full body contact with ice tcm25 694183 e1646524225405

Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia. Seorang lelaki Poland memecahkan Guinness World Records dengan menenggelamkan badannya di dalam ais selama 3 jam 28 minit di Lithuania, lapor United Press International (UPI) semalam.

Valerjan Romanovski memasuki tangki kaca dipenuhi ais di Wilenski dalam percubaan untuk memecahkan rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Romain Vandendorpe dari Perancis selama 2 jam 35 minit dan 33 saat.

Lelaki itu berkata, dia telah berlatih untuk rekod itu selama enam bulan.

Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia

“Saya berdepan dengan kesejukan selama bertahun-tahun. Setengah tahun sebelum melakukan percubaan ini, saya memutuskan untuk menguji kekuatan sendiri,’’ kata Romanovski kepada Guinness.

“Saya melakukan banyak latihan sebelum memutuskan untuk mencapai rekod ini,’’ jelasnya.

Romanovski sebelum ini memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh berbasikal secara ‘off-road’ dengan catatan masa 12 jam dan jarak perjalanan 314.64 kilometer.

Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia

“Saya bersedia memecahkan rekod dunia berendam dalam ais seperti berbasikal. Persediaan untuk mencapai kedua-dua kejayaan ini dilakukan melibatkan latihan, rehat dan pemulihan tenaga.

“Latihan tidak sukar bagi saya. Badan saya bersedia untuk itu. Saya sukakan cabaran baharu. Saya gunakan pengetahuan paramedik, saintifik dan perubatan,’’ kata Romanovski.

Baca lagi: 

Padah cekik isteri, zakar suami kena tikam dengan lembing

[VIDEO] Lelaki mengamuk atas lori kontena

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Leave a Reply

Your email address will not be published.