Senarai tempat healing paling murah siap ada kolam renang di Selangor. Apabila penat bekerja, tiba masanya untuk anda keluar berjalan-jalan dan menenangkan jiwa. Sesekali, anda boleh bawa seisi keluarga untuk staycation di rumah inap yang dilengkapi dengan kolam renang.
Jika bijak mencari, anda sebenarnya boleh mendapatkan homestay atau chalet serendah RM150 untuk satu malam. Nak tahu di mana? Jom semak beberapa lokasi yang kami senaraikan di Selangor ini.
1. Villa Mas, Ijok
@suhada_assirin Villa Mas, Ijok #homestaywithpool #homestayselangor #tempatmenarik #homestaymuslim #staycation #vacation #tourismselangor #fyp #foryou #fypdonggggggg ♬ DJ SIAPAKAH YANG SALAH SIAPA YANG TANGGUNG JAWAB – SATU SATU – DJ Banjar
Villa Mas terletak kira-kira 30 minit dari Shah Alam, Selangor. Harga penginapan bilik bermula dari RM75 untuk satu malam.
Di Villa Mas, terdapat kira-kira 13 bilik secara keseluruhan. Jika anda ingin menempah satu villa untuk hari keluarga, ia hanya berharga RM1,300.
Harga ini memang berbaloi kerana pelbagai kemudahan disediakan. Bilik-bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, dan anda juga boleh mandi manda di kolam renang. Tak perlu cari tempat lain!
2. Pangkin & Padi, Sungai Besar
@pangkin.dan.padi Replying to @aini Mac-July 2024 musim padi tau..cepat mana nak booking☺️🌾 #pangkindanpadi #homestaystudio #homestaysgbesar #homestayselangor #homestaysawah #homestayprivatepool #sawahpadi #healingselangor #sgbesar #homestayprivatepoolsgbesar #bookinghomestay #homestay #kampung #tiktokhomestay ♬ Chill Vibes – Febri Handika
Bagi sesiapa yang ingin menikmati kolam renang peribadi, anda boleh menginap di Pangkin & Padi di Sungai Besar, Selangor.
Harga untuk satu malam adalah RM280 pada hari bekerja, manakala RM300 untuk hujung minggu dan cuti umum.
Yang paling menarik, homestay ini menghadap sawah padi. Apabila musim padi tengah mekar, pemandangannya memang sangat cantik!
3. Villa Noni Tiny House, Kajang
@villanonikajang 🌿🏡 Escape to the enchanting world of Villa Noni! Nestled between the lush beauty of landscaped gardens and the charm of our tiny houses, your perfect retreat awaits. Dive into relaxation by our private pool or enjoy a serene evening in our cozy Wood House. ✨🍃 Book your getaway now and transform ordinary days into magical moments. #VillaNoni #TinyHouseLiving #NatureRetreat #LuxuryEscape #gardenparadise ♬ original sound – villanoni – villanonikajang
Di Villa Noni Tiny House, Kajang, anda boleh menikmati penginapan jenis studio dengan harga RM200 untuk satu malam.
Satu studio boleh memuatkan sehingga 4 orang, jadi ia memang jimat jika dikongsi bersama rakan-rakan untuk bermalam di sini.
Vibes di villa ini juga sangat menarik, sesuai untuk reunion kecil-kecilan dengan keluarga atau sahabat handai.
4. Carpe Diem, Orchard Home, Serendah
Bangun tidur terus boleh gelongsor masuk kolam renang! Betul ke? Ya, bagi anak-anak yang suka mandi-manda, ibu bapa boleh cuba bawa mereka bersantai di sini.
Selain menyediakan kemudahan selesa, tempat ini juga mempunyai halaman yang luas dan mini zoo. Lebih menarik, ada juga kolam memancing untuk kaki pancing! Anda boleh memancing sambil bersantai dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.
5. Terra Homes, Cyberjaya
@mehakubawakkorang 📍 Terra Homes , Cyberjaya. Airbnb bawah RM100 paling cantik and banyak betul facilities dia. Tak cukup weh semalam je tidur. Nak repeat lagi!!!! Korang nak booking, aku dah letak link dekat bio tau#staycation #klhotels #ForYou #airbnb #cuticutiselangor #tamarindsquare #portmenarikcyberjaya #splashmania #terrahomes ♬ Vlog Video work Fashionable BGM(847726) – Tsuyoshi_san
Penginapan paling bajet yang boleh anda cuba adalah di Terra Homes, Cyberjaya. Harga bilik di sini bermula dari RM100 untuk satu malam.
Bilik dilengkapi dengan dua katil bersaiz queen, kabinet dapur dengan kelengkapan memasak, televisyen, serta kemudahan wifi dan Netflix.
Namun, perlu diingatkan bahawa harga mungkin berubah mengikut masa tertentu. Apa pun, sebelum menginap, pastikan anda memilih mengikut keselesaan dan bajet anda!