Senarai selebriti ‘jodoh yang tak panjang’ pada tahun 2022

Senarai selebriti ‘jodoh yang tak panjang’ pada tahun 2022

Senarai selebriti ‘jodoh yang tak panjang’ pada tahun 2022. Perceraian ialah perihal atau kejadian bercerai antara suami dan isteri. Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi.

Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.

Berikut merupakan artis-artis yang sah bercerai pada tahun ini.

Senarai selebriti 'jodoh yang tak panjang' pada tahun 2022

1. Siti Saleha

Senarai selebriti 'jodoh yang tak panjang' pada tahun 2022

Pelakon Siti Saleha sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini. Saleha akui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun. Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

2. Shila Amzah & Haris Idraki

Senarai selebriti 'jodoh yang tak panjang' pada tahun 2022

Penyanyi Shila Amzah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada 8 Febuari 2022.
Berita tersebut turut dikongsi Shila menerusi laman sosial Instagram (IG)nya. Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

3. Ellie Suriaty& Azri Iskandar

Senarai selebriti 'jodoh yang tak panjang' pada tahun 2022

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, menyifatkan tiada lagi persefahaman menjadi punca rumah tangga dibina bersama aktor, Azri Iskandar selama 19 tahun berakhir pada 17 Mei 2022. Pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, hari ini. Ellie dan Azri mendirikan rumah tangga pada 2003. Menerusi perkahwinan selama 19 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

4. Amar Asyraf & Vivy Jeffry

Senarai selebriti 'jodoh yang tak panjang' pada tahun 2022

Pelakon Amar Asyraf dan isteri, Vivy Jeffry akhirnya menemui noktah kemelut rumah tangga mereka selepas pasangan ini sah bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei 2022.

5. Noh Salleh& Mizz Nina

Senarai selebriti 'jodoh yang tak panjang' pada tahun 2022

Mizz Nina dan Noh Salleh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos 2022. Pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Baca Lagi:
Ahli perniagaan Malaysia dipenjara 36 tahun
“Rasa macam tiada seurat benang kat badan bila keluar rumah” – Zila Bakarin
Taman tema air Bertam tak sampai sebulan beroperasi dah diarah tutup
CATEGORIES