Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak. Walaupun kebanyakan budak zaman sekarang sangat sukakan gadget, bila bawa masuk dalam kedai mainan, rambang mata jugak jadinya kan?

Disebabkan ini, sampai sekarang ada je macam-macam jenis permainan yang dijual di kedai. Tapi kalau korang nak tahu, walaupun permainan ini dibuat untuk kanak-kanak, ada juga penciptanya yang terlupa yang mainannya ini boleh membahayakan kanak-kanak sendiri.

Jadi, pada artikel kali ni kita akan kongsikan beberapa permainan yang pernah dijual dan mungkin masih ada di pasaran tapi sebenarnya sangat berbahaya untuk diberikan kepada kanak-kanak. Jom tengok!

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

1. CSI Fingerprint Analysis Kit

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Memang menarikkan bila kanak-kanak dapat jadi detektif dan buktikan siapa penjenayah yang dicari dengan hanya menggunakan serbuk yang disediakan oleh CSI Fingerprint Analysis Kit ini?

Pengeluar permainan ini, Planet Toy bagaimanapun telah membuat kesalahan besar apabila ia menggunakan kilang di China untuk membuat produknya. Mana tidaknya, serbuk yang disediakan untuk mengesan cap jari dalam mainan ini telah dicampurkan dengan kandungan tremolite sebanyak 7 peratus iaitu salah satu asbestos yang paling toksik pernah ditemui.

Selepas mengetahui bahawa serbuk yang dikeluarkan mereka ini mengandungi racun, Planet Toy dengan segera telah memanggil semula produk yang telah dijual pun begitu sehingga hari ini masih ada lagi orang yang menjual kit ini di laman web.

2. Hasbro Javelin Darts

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Hasbro Javelin Darts bukanlah seperti dart biasa yang korang pernah tengok sebelum ni. Walaupun dart biasa pun bahaya kalau digunakan oleh kanak-kanak, Javelin Darts ini pula seperti senjata pembunuh.

Kalau korang nak tahu, dart ini dicipta untuk dimainkan oleh kanak-kanak di laman rumah, pun begitu, kelajuan dart ini memang luar biasa dan ketajamannya pula boleh membocorkan kepala tau!

Pada tahun 1970, seorang kanak-kanak empat tahun telah meninggal dunia selepas dart ini tercucuk kepalanya dan sepanjang tahun 1970 sehingga 1988, terdapat lebih 6,800 kes kecemasan telah dilaporkan akibat dari permainan ini.

Pun begitu, permainan ini telah pun dihentikan jualannya.

3. Flubber

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Sekitar tahun 60-an, terdapat satu permainan yang digelar Flubber. Ia merupakan satu bahan silikon seperti tanah liat yang boleh dilantun, dibentuk dan dipotong. Pun begitu, penciptanya Hasbro mendapat tahu bahawa Flubber ini telah menyebabkan ribuan kanak-kanak mendapat ruam dan sakit tekak.

Disebabkan ini, pekerja Hasbro telah berkumpul di sebuah padang di belakang kilang Hasbro dan menanam 50,000 Flubber selepas cubaan untuk membakar, membuang dan menenggalamkan permainan ini ke dalam laut tak berjaya.

Selepas Hasbro menanam mainan ini, padang tersebut kemudiannya diratakan dan dibuat sebagai tempat letak kereta. Tapi, 35 tahun selepas itu, ada laporan menunjukkan Flubber ini mula kelihatan di antara retakan tar yang menunjukkan Flubber masih lagi wujud. Uish macam cerita hantu pun ada gak.

4. Wego Kite Tubes

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Pada pertengahan tahun 2000-an, permainan layang-layang pelampung sangat popular. Ia satu permainan di mana satu pelampung besar akan ditiup dan orang boleh letak kanak-kanak di atas pelampung tersebut dan terbangkan dorang seperti layang-layang.

Namun begitu, permainan ini malangnya telah meragut nyawa tiga orang kanak-kanak sehingga sebanyak 19,000 produk Wego Kite Tubes ini telah diharamkan untuk dijual.

5. Lato-lato

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Ye, ini antara mainan kanak-kanak paling bahaya dan masih dijual sehingga hari ini. Kalau korang ada anak, tak mustahil mainan ni ada dekat rumah korang!

Selain bunyinya yang bising, lato-lato ni sangat bahaya kerana bola yang diketuk ini boleh pecah dan serpihannya boleh masuk ke dalam mata seperti beberapa kes yang pernah berlaku kepada beberapa kanak-kanak sebelum ini.

6. Easy Bake Oven

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Hasbro terpaksa memanggil semula produknya ini sebanyak dua kali pada tahun 2007 selepas beberapa kanak-kanak melecur selepas jari mereka terperangkap dalam permainan ini.

Bukan tu je, seorang kanak-kanak juga terpaksa dipotong jari akibat dari permainan ini. Namun begitu, sekarang syarikat ini telah pun mengeluarkan versi baru yang menggunakan elektrik sebagai elemen pemanas.

7. Lastik

Senarai mainan paling berbahaya yang pernah dijual, no 5 paling ramai main tapi ramai tak tahu ia sangat bahaya untuk budak

Lastik ni memang dikategorikan sebagai permainan klasik. Dulu masa zaman budak-budak memang bergaya betul kalau ada lastik sendiri kan?

Namun begitu, pada tahun 2005, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengharamkan jualan lastik ini selepas terdapat banyak laporan kanak-kanak patah gigi dan buta akibat permainan ini. Alamak, kita buat lastik cicak je…

Baca Lagi:
Tular video wanita Siam seksi berkonsert di Kelantan, ini penjelasan sebenar yang ramai tak tahu
Jual ‘kopi joss’ boleh didenda RM10,000, penjara 2 tahun – KKM
SPRM serbu Aman Palestin, rampas 4 jongkong emas seberat 1kg setiap satu – Lapor sumber
CATEGORIES