Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun

Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun

Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Januari 2023 (Jumaat) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan ini:-

Tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian untuk Tahun 2023 yang melibatkan pemilihan jawatan ialah seperti berikut:-

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan ialah pada 1 Februari (Rabu) hingga 26 Februari 2023 (Ahad) iaitu selama 26 hari.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac 2023 (Sabtu).

Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac 2023 (Sabtu).

YBhg Tan Sri Shahrir Ab Samad telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 (JPU 2023) dan Datuk Mustapha Yaakub dilantik sebagai Setiausaha JPU 2023.

Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat adalah bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023 jam 5.00 petang. Kenyataan terperinci mengenai hal ini akan dimaklumkan kemudian.

Ahli UMNO yang dipecat daripada Parti UMNO atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 ialah Tan Sri Noh Omar dan Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun ialah YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Saudara Shahril Sufian Hamdan.

Selain itu yang turut dipecat ialah 5 orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15.

YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu.

Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun

Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun

Baca Juga : 
Lelaki lari dari rumah selama 28 tahun kerana takut disunat akhirnya pulang ke rumah
Pusat Pungutan Zakat terkejut ada lelaki berjubah lusuh mahu bayar zakat RM1 juta
Wanita ini kerja di pusat jagaan orang tua, rupanya ada kisah disebalik aunty anak 8
CATEGORIES