Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta. Hari ini, YouTuber ataupun pencipta kandungan menjadi kerjaya pilihan bagi sesetengah orang. Bukan setakat terkenal dalam kalangan pengikut salurang masing-masing, YouTuber juga sebenarnya mampu meraih pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Beberapa YouTuber hari ini membuktikan mereka mampu menjadi jutawan dengan hanya menghasilkan kandungan kreatif dan menarik. Siapakah mereka ini?

Jom ikuti perkongsian @Beastlab menerusi laman twitter mereka berkenaan tujuh YouTuber terkaya di dunia.

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Tujuh YouTuber terkaya di dunia

CoComelon

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Saluran YouTube terkenal CoComelon, mencipta nama menerusi karya-karya kreatif yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Jay Jeon, isteri dan anak-anaknya melancarkan saluran ini tahun 2006 dengan nama asal ‘Checkgate’, sebelum ditukar kepada CoComelon pada 2018. Populariti saluran ini telah menjadikan keluarga ini YouTuber terkaya di dunia nilai kekayaan bersih USD 460 juta.

Jeffreestar

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Jeffree Star merupakan seorang YouTuber yang terkenal dengan jenama kosmetik sendiri, Jeffree Star Cosmetics. Selain itu, beliau juga merupakan seorang jurusolek berprofil tinggi dan pernah menjadi penyanyi sebelum ini.

Star mula meraih populariti sebagai YouTuber terkemuka dunia sejak beliau mula mempromosikan produk kosmetiknya menerusi YouTube.

Ketika ini, nilai bersih Youtubenya dianggarkan adalah USD 200 juta.

Ryan’s World

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Ryan Kaji adalah seorang kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat yang berjaya menjadi salah seorang YouTuber berpendapatan tertinggi di dunia.

Ryan’s World, saluran Youtube yang diasaskannya banyak mengulas mengenai alat-alat permainan. Menerusi video-video yang dimuat naik, Ryan kerap kali muncul bersama ibu bapa dan adik kembarnya. Difahamkan, Ryan mula menghasilkan kandungan sejak dia berusia empat tahun lagi.

Hari ini, Ryan’s World yang mempunyai 34.4 juta pengikut mempunyai nilai bersih melebihi USD 100 juta.

MrBeast

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Siapa yang tidak kenal dengan saluran YouTube, MrBeast dan pengasasnya Jimmy Donaldson ini. Mula memuat naik kandungan di YouTube sejak berusia 13 tahun, beliau merupakan salah seorang YouTuber terkaya di dunia dengan nilai bersih lebih USD 100 juta.

Saluran MrBeast juga merupakan salah satu saluran YouTube dengan jumlah pengikut teramai di dunia.

Kaya dengan Youtube, Jadi “Fighter” pula

Logan Paul

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Logan Paul juga merupakan salah seorang YouTuber yang meraih pendapatan tertinggi di dunia. Namun begitu, sebelum terkenal di YouTube, Paul terlebih dahulu mencipta nama menerusi aplikasi Vine sehingga kerap kali dijemput menyertai rancangan bual bicara televisyen tempatan.

Hari ini, selain menjadi pencipta kandungan, YouTuber asal Amerika Syarikat ini juga aktif menjadi seorang peninju dan pernah bertanding secara profesional. Paul memiliki kekayaan bersih USD 45 juta.

Ninja

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

Saluran Ninja yang diasaskan oleh Richard Tyler Blevins hari ini merupakan salah satu saluran yang berkongsi aksi-aksi permainan video paling popular di dunia. Di saluran tersebut, Ninja selalu mengadakan stream langsung bermain permainan seperti Fornite.

Selain di Youtube, Ninja juga aktif di platform Twitch dan muncul sebagai akaun paling banyak diikuti pada 2023. Nilai bersih Ninja adalah USD 40 juta.

PewDiePie

Senarai 7 Youtuber terkaya di dunia, pendapatan sebulan cecah USD 460 juta

PewDiePie merupakan saluran yang diasaskan oleh Felix Arvid Ulf Kjellberg, iaitu seorang personaliti YouTube dan pencipta kandungan paling terkenal di Sweden.

Saluran PewDiePie yang banyak berkongsi kandungan video permainan genre seram dan aksi, menjadi saluran YouTube yang paling pesat berkembang dan paling banyak langganan. Nilai bersih untuk akaunnya ketika ini dianggarkan pada USD 40 juta.

Itulah antara YouTuber terkaya di dunia yang telah berjaya memperolehi pendapatan daripada saluran YouTube mereka. Dalam era serba digital ini, menjadi pencipta kandungan menerusi YouTube sememangnya menjanjikan pulangan yang amat lumayan.

Baca Lagi:
PM Anwar lantik 5 individu Badan Penasihat Khas dan tidak terima bayaran dari kerajaan
Pernah belakon dalam filem P.Ramlee, tak sangka seniwati lagenda Sarimah Ahmad kini berumur 80 tahun masih kekal awet muda
Sekumtun Bunga Orkid Shenzhen Nongke dijual pada harga RM7 juta
CATEGORIES