Senarai 7 negara yang paling ramai dibenci tahun 2024. Tak kira di mana seseorang tinggal, kebanyakan orang mempunyai pandangan tertentu tentang sesuatu negara. Pandangan ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tindakan kerajaan negara tersebut, ketenteraan mereka, atau kerana budaya dan agama mereka.
Terdapat beberapa negara yang disenangi di seluruh dunia, ada yang diterima dan ada yang tidak disukai atau dibenci.
Jika anda ingin mengetahui negara mana yang paling dibenci di dunia menurut laporan dan tinjauan pendapat orang ramai dari seluruh dunia, bacalah di bawah ini.
Tiga negara paling dibenci di dalam dunia (tanpa menurut turutan)
- China
- Rusia
- Amerika Syarikat
Tiga negara ini merupakan negara yang paling menonjol sebagai negara paling dibenci di dunia adalah China, Rusia dan China. Tiga negara ini juga merupakan tiga negara paling besar dan paling berkuasa di dunia dan mungkin juga penyebab kenapa negara ini tak disukai ramai.
Kebanyakan rakyat dari negara-negara ini biasanya mempunyai pandangan yang teruk terhadap satu sama lain dan kerana ketiga-tiga negara ni suka memasukkan diri mereka dalam urusan ekonomi, politik dan ketenteraan negara-negara kecil menjadi penyebab kenapa mereka dibenci.
4. Arab Saudi
Negara yang kaya dengan hasil minyak ini diterajui oleh kerajaan diktator dengan polisi. Selain itu, orang ramai merasakan bahawa negara Islam ini tidak menghormati hak asasi manusia serta hak wanita.
Arab Saudi juga sering dituduh sebagai penyebab wujudnya kumpulan pengganas, di mana ia merupakan tempat asal beberapa kumpulan militan seperti ISIL, Al-Qaeda, dan Taliban.
5. Korea Utara
Korea Utara tidak disenangi ramai disebabkan cara kerajaannya mengawal rakyat dan polisinya yang agresif. Negara yang dipimpin oleh generasi ketiga diktator Kim Jong-un ini dikatakan mempunyai hak asasi manusia yang paling teruk di dunia. Walaubagaimanapun, fakta ini tidak dapat dipastikan kerana negara ini juga dikenali sebagai negara paling tertutup di dunia.
Semua media di Korea Utara dikawal oleh kerajaan, di mana televisyen dan radio hanya boleh menyiarkan kandungan yang diluluskan oleh pemerintah, dan penduduk tidak mempunyai akses kepada internet secara meluas.
Selain itu, penduduk di Korea Utara tidak mempunyai pilihan kerjaya kerana kerajaan menetapkan pekerjaan untuk mereka. Pengedaran makanan juga dikawal ketat, menyebabkan kekurangan makanan menjadi masalah serius di negara tersebut. Walaupun negara ini dilanda kemiskinan, kerajaannya menghabiskan sumber untuk ketenteraan termasuk program senjata nuklear.
6. Israel
Akibat peperangan genosid yang sedang dijalankan oleh Israel ke atas Palestin, ia telah menjadi “negara” yang dibenci oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.
Dengan serangan tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin ketika ini, jumlah orang yang semakin membenci negara ini telah bertambah, terutamanya kerana mereka telah membunuh banyak rakyat Palestin yang tidak bersalah, termasuk wanita dan kanak-kanak.
7. Pakistan
Terdapat beberapa sebab kenapa Pakistan dianggap sebagai salah satu negara yang paling dibenci. Antaranya adalah ia merupakan salah satu negara yang mempunyai akses kepada senjata nuklear dan merupakan tempat kumpulan militan seperti Taliban dan Al-Qaeda.
Selain itu, pihak berkuasa di Pakistan juga dilihat bebas melakukan pelbagai perkara termasuk menghukum mati seseorang tanpa perbicaraan mahkamah mengikut prosedur yang betul. Tak cukup dengan itu, kerajaan di sana juga melarang kebebasan hak bersuara dan akan menangkap sesiapa yang menentang mereka.