Senarai 10 negara yang paling banyak kes cerai, tak sangka ini antara punca-puncanya

Photo of author

By Joe

Senarai 10 negara yang paling banyak kes cerai, tak sangka ini antara punca-puncanya. Tiada pasangan di dunia ini yang mengharapkan perceraian, tetapi ia boleh menjadi permulaan kepada babak baru dalam kehidupan seseorang.

Menurut laporan, hampir setiap minit, ada kes perceraian yang berlaku di seluruh dunia.
Kali ini, kami akan berkongsi 10 negara yang mencatatkan kadar perceraian tertinggi pada tahun 2022.

Senarai 10 negara yang paling banyak kes cerai, tak sangka ini antara punca-puncanya

Kenyataan ini dikeluarkan oleh firma guaman dan undang-undang keluarga terkemuka di Philadelphia, Petrelli Previtera LLC.

1. Maldives

Maldives mencatatkan kadar perceraian 5.5 peratus bagi setiap 1,000 penduduk setahun. Pada tahun 2002, ia disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guinness untuk kadar perceraian tertinggi iaitu 10.97 peratus perceraian bagi setiap 1,000 orang.
Punca perceraian di negara ini termasuklah kemudahan dan keupayaan wanita untuk mengakhiri perkahwinan disebabkan peningkatan akses kepada pendidikan dan kewangan yang stabil, membolehkan mereka hidup secara bebas tanpa bergantung kepada lelaki.

2. Kazakhstan

Kazakhstan mempunyai kadar perceraian sebanyak 4.6 peratus bagi setiap 1,000 orang. Menurut kajian dari Institut Hak dan Kesaksamaan Kazakhstan, faktor yang menyebabkan termasuk campur tangan pihak ketiga seperti campur tangan keluarga, kekurangan etika moral, dan proses perceraian yang mudah.

3. Guam

Guam adalah sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik yang merupakan wilayah Amerika Syarikat. Pulau ini mencatatkan kadar perceraian sebanyak 4.3 peratus bagi setiap 1,000 orang. Undang-undang yang memudahkan proses perceraian di sana menjadi faktor utama kadar perceraian yang tinggi.

4. Rusia

Perceraian adalah perkara biasa di Rusia dengan kadar 3.9 bagi setiap 1,000 orang. Faktor-faktor termasuk masalah peribadi seperti penyalahgunaan alkohol, masalah ekonomi, kurang pemahaman antara pasangan akibat perselingkuhan atau pengkhianatan.

5. Moldova

Moldova mempunyai kadar perceraian sebanyak 3.8 peratus bagi setiap 1,000 penduduk. Sekitar 12 peratus gadis di negara Eropah Timur ini berkahwin sebelum usia 18 tahun, menyebabkan banyak perkahwinan yang berakhir dengan pasangan yang tidak matang dan tidak komited.

6. Belarus (Eropah Timur)

Kazakhstan mencatatkan kadar perceraian 3.7 peratus bagi setiap 1,000 orang. Faktor-faktor utama termasuk kadar pengangguran yang tinggi, kemiskinan, keganasan rumah tangga, penyalahgunaan alkohol, dan masalah pemilikan rumah.

7. China

China merekodkan kadar perceraian sebanyak 3.2 peratus bagi setiap 1,000 orang. Seperti yang diketahui, negara ini hanya membenarkan pasangan memiliki seorang anak sahaja. Faktor-faktor lain termasuk pandangan moden tentang hubungan, wanita yang lebih berpendidikan, dan kebebasan kewangan.

8. Republik Aruba

Republik Aruba, sebuah pulau di Caribbean, mencatatkan kadar perceraian sebanyak 3.2 peratus bagi setiap 1,000 orang. Masalah akses kepada pendidikan menjadi punca utama kadar perceraian di sana. Terdapat kes-kes di mana undang-undang mengurangkan tempoh berpisah sebelum perceraian dari tiga tahun kepada satu tahun.

9. Lithuania

Ketidakstabilan ekonomi dan penyalahgunaan alkohol menyebabkan Lithuania mempunyai kadar perceraian yang tinggi iaitu 2.8 peratus bagi setiap 1,000 orang. Kadar pengangguran yang tinggi dan undang-undang yang memudahkan perceraian menyumbang kepada kadar perceraian yang tinggi di sana.

10. Republik Dominican

Republik Dominican merekodkan kadar perceraian sebanyak 2.7 peratus bagi setiap 1,000 orang. Data menunjukkan bahawa kira-kira sembilan peratus gadis dipaksa berkahwin sebelum usia 15 tahun dan 31 peratus sebelum usia 18 tahun. Budaya yang menggalakkan hubungan tidak sah juga menyumbang kepada kadar perceraian yang tinggi di sana.

Baca Lagi:
Ambulans dipaksa berhenti beri lalu pada konvoi Perdana Menteri
Niat nak buat tatu bunga di tangan, lelaki kena liwat dengan pelukis tatu
Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis