“Semua majlis kau sapu”- Abang foodpanda ‘langgar’ majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali

“Semua majlis kau sapu”- Abang foodpanda ‘langgar’ majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali

“Semua majlis kau sapu”- Abang foodpanda ‘langgar’ majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali. Pekerjaan sebagai penghantar makanan sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, banyak juga rintangan yang rider-rider di luar sana lalui

Antaranya seperti berjumpa dengan pelanggan cerewet, berpanas dan berhujan ketika dalam perjalanan untuk menghantar makanan yang dipesan pada waktu yang ditetapkan dan macam-macam lagi.

Namun, jika kita seronok melakukan sesuatu pekerjaan tersebut pasti itu semua tidak menjadi masalah besar pun kan?

"Semua majlis kau sapu"- Abang foodpanda 'langgar' majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali

Lain pula dengan seorang rider foodpanda yang kian popular di laman TikTok ini apabila dia menerjah sebuah majlis perasmian telah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emychachacha, kelihatan rider itu sedang bertugas di sebuah kawasan yang kebetulan terdapat majlis perasmian oleh Datuk Bandar.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia dilihat dengan selamba menerjah di tengah-tengah orang ramai dan berjumpa sendiri dengan Datuk Bandar untuk merasmikan majlis itu bersama-sama.

Datuk Bandar yang pada mulanya nampak terkejut dan kekok bagaimanapun melayankan saja permintaan rider tersebut untuk memotong ribbon dengannya.

“Macam tu je dia crash party” – Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 469.1K tontonan, 45.1K tanda suka serta 472 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat rider foodpanda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

"Semua majlis kau sapu"- Abang foodpanda 'langgar' majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali

"Semua majlis kau sapu"- Abang foodpanda 'langgar' majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali

"Semua majlis kau sapu"- Abang foodpanda 'langgar' majlis rasmi Datuk Bandar, siap tolong potong riben sekali

@emychachacha benda benda macam ni mana boleh kalau takda aku kan ? 😏 dato bandar ingat aku biasa biasa ke ?? 🤭 #thaistreetmart ♬ Funny – Gold-Tiger

Confident level dia memang tinggi, memang tak segan langsung ya 😀

Baca Lagi:
Selepas Coldplay, tular video konsert wanita Siam seksi di Bachok Kelantan?
Jual ‘kopi joss’ boleh didenda RM10,000, penjara 2 tahun – KKM
Tular video wanita Siam seksi berkonsert di Kelantan, ini penjelasan sebenar yang ramai tak tahu
CATEGORIES