‘Sempat buat kopi untuk saya’ – Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat

‘Sempat buat kopi untuk saya’ – Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat

‘Sempat buat kopi untuk saya’ – Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat. DIBERI susu, tetapi dibalas pula dengan tuba.

Itulah perumpamaan boleh digambarkan nasib menimpa penerbit Datuk Ayu Puteh apabila terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM12,000 apabila pembantu rumahnya yang berasal dari Medan, Indonesia melarikan diri pada malam Sabtu.

Ayu atau Normashayu Puteh, 47, berkata, dia juga sudah memberikan pendahuluan tiga bulan gaji kepada wanita berkenaan selepas memberi alasan memerlukan wang untuk membiayai keperluan persekolahan anak di sana.

'Sempat buat kopi untuk saya' - Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat

“Nak buat permit bukannya murah, apabila sudah jadi begini saya pula kena bayar penalti untuk batalkan permit. Jadi memang banyak duit yang dikeluarkan untuk dia.

“Gaji bulanannya sudah saya berikan sebanyak RM1,500 malah dua hari lalu dia minta advance sebab anak nak masuk sekolah. Saya beri sebab ingin membantu dan tahu kesusahan mereka.

“Kalau diikutkan RM12,000 saya rugi sebab duit permit pun belum pulang modal,” katanya kepada mStar.

'Sempat buat kopi untuk saya' - Bibik Ayu Puteh curi RM12,000 semasa tengah solat

Ketika dihubungi Ayu maklumkan dia belum sempat untuk menyemak jika ada barang peribadinya yang hilang atau dibawa lari oleh wanita berkenaan.

Ayu sebelum itu berkongsi gambar wanita tersebut di laman Instagram miliknya selepas menyedari kejadian dia hilang sekitar pukul 8.30 malam.

Tidak tahu punca sebenar wanita yang dikenali sebagai Murni itu melarikan diri, Ayu cuba menghubungi kenalan pembantunya itu termasuk keluarga di Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Ketika kejadian saya berada di tingkat atas rumah sedang solat. Saya sedar dia hilang selepas melihat rakaman CCTV. Dia juga selongkar tempat saya simpan pasport miliknya dan membawanya lari.

“Tak tahulah kenapa dia lari sebab kami sekeluarga memberi layanan baik. Malah dia juga bekerja dengan elok semalam dan sempat buat kopi untuk saya.

“Saya rasa dia sudah rancang (larikan diri) sebab dari pukul 4 petang semalam sehingga pukul 6 dia asyik dengan telefon bimbitnya. Saya hubungi keluarga di Indonesia dan mereka juga tidak tahu di mana Murni berada,” jelasnya.

Kesal dengan tindakan pembantu rumahnya itu, Ayu memberitahu bakal membuat laporan polis selepas tempoh 24 jam kehilangan pembantunya.

Sementara itu, Ayu berkata, kejadian itu turut memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mudah percaya dengan orang baharu dikenali meskipun tinggal sebumbung.

“Dia baru bekerja dengan saya sejak tujuh bulan lalu. Tak sangka dia sanggup buat begini setelah saya beri kepercayaan kepadanya. Apa sahaja yang dia perlukan saya cuba bantu tanpa potong gaji.

“Sekarang ini semua urusan saya juga tergendala. Sepatutnya saya ke Sarawak pagi ini (Ahad) untuk penggambaran drama tapi terpaksa ditangguhkan sebab isu dia lari,” katanya.

Baca Lagi:
Duit syiling RM1 lama dijual RM10,000 sekeping, ini 7 sebab yang perlu anda tahu
Pengalaman kerja di rumah orang tua yang mewah, sampai sekarang aku tak dapat lupakan kisah mak 8 anak duduk situ
Semua perbelanjaan keluarga isteri tanggung, sampailah aku nampak slip gaji isteri terus aku termenung panjang..
CATEGORIES