
Sempat bertaubat sebelum meninggal, jenazah ketua gangster badan penuh tatto tiba-tiba hilang saat dijirus air kapur barus
Sempat bertaubat sebelum meninggal, jenazah ketua gangster badan penuh tatto tiba-tiba hilang saat dijirus air kapur barus. Seburuk mana pun seseorang hamba melakukan khilaf dan dosa sepanjang hidupnya, Allah sentiasa membuka luas pintu taubat. Terkadang hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Ada yang akan tersungkur teruk dalam hidup, barulah jiwa menjadi rindu untuk kembali merintih kepada Allah Yang Maha Esa.
Tiada yang mustahil apabila Allah menerima taubatnya
Beberapa hari lalu, kisah yang dikongsikan oleh Saudara At Turabi Daud menerusi Facebook cukup menjentik hati ramai. Saat menguruskan seorang lelaki dipercayai berstatus bekas ketua mafia, mereka menyaksikan satu kejadian ajaib di mana kesan tatu di badan lelaki itu terpadam setelah dimandikan dengan air kapur barus.
Si Fulan terlibat dengan pelbagai jenayah…Tapi beliau bertaubat
Sepanjang hidupnya, Allahyarham dikatakan banyak melakukan kegiatan jenayah, dipenjarakan dan ditetapkan menerima hukuman mandatori. Keluarga sendiri sudah membuangnya lantaran sikap buruk dan trauma yang pernah diberi. Namun ketika menjadi banduan, dia sedaya upaya melakukan taubat nasuha bahkan sehingga menjadi imam di sebalik tirai besi.
Ketika menuju ke bilik hukuman, lidahnya berzikir
Harinya tiba untuk jalani hukuman, lelaki itu tiba-tiba tersadung saat menuju ke bilik hukuman lantas menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan pada bahagian leher. Sesungguhnya Allah Maha Besar, dari kejadian ini Dia menunjukkan kebesarannya dan bukti bahawa taubat setiap hamba pasti diterima jika seseorang itu sebenar-benarnya bertaubat.