Semakin ramai pelajar sekolah pakai ‘pampers’ ke sekolah, guru mula bimbang

Semakin ramai pelajar sekolah pakai ‘pampers’ ke sekolah, guru mula bimbang

Semakin ramai pelajar sekolah pakai ‘pampers’ ke sekolah, guru mula bimbang. Ketua Persekutuan Perguruan Switzerland, Dagmar Rosler, menyatakan kebimbangannya apabila masih ada segelintir pelajar yang sudah berusia 11 tahun tetapi masih memakai lampin pakai buang ke sekolah.

Katanya, kebanyakan guru di Switzerland berhadapan dengan masalah itu memberikan laporan bahawa murid tersebut bergantung kepada pemakaian lampin pakai buang ke sekolah bukan atas sebab kesihatan.

Semakin ramai pelajar sekolah pakai 'pampers' ke sekolah, guru mula bimbang

“Kanak-kanak akan ke sekolah seawal usia empat tahun.
“Ya mungkin ada murid masih memakai lampin kerana kanak-kanak akan pergi ke sekolah seawal usia empat tahun.
“Tetapi, apabila kanak-kanak berusia 11 tahun datang ke sekolah dengan memakai lampin, itu adalah satu trend membimbangkan,” katanya kepada akhbar Switzerland, 20 Minuten.

Katanya, dalam keadaan apa pun kanak-kanak itu tidak boleh diabaikan.

“Walaupun tidak ada masalah kesihatan adalah perlu untuk berbincang dengan ibu bapa untuk menangani masalah itu dan meminta mereka bertanggungjawab,” katanya.

Pakar pula berpendapat, penting membezakan sama ada trend ini adalah gangguan psikologi perkembangan atau individu yang berkaitan tidak pernah mengetahuinya.

Pakar Psikoterapi, Felix Hof juga mendapati topik itu sangat penting untuk ditangani dengan sebaiknya terutama golongan ibu bapa.

“Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak usia sekolah rendah masih perlu memakai lampin.

“Jika ia bukan disebabkan kecacatan fizikal, tingkah laku sedemikian boleh menunjukkan pengabaian atau situasi keluarga yang sangat tertekan,” katanya.

Baca Lagi:
“Aku baru kahwin dengan duda kematian isteri, aku jadi pelik disuruh pakai semua barang arwah walaupun tak muat”
Axia harga RM22,000, ini 5 info yang korang wajib tahu sebelum buat order
Rupanya ini 5 sebab kenapa orang Singapura suka pandang rendah Malaysia
CATEGORIES