Semakin pelik perangai manusia sekarang, warganet takut tengok syarat lelaki ini buat servis seks jual isteri hamil 2 bulan. Zaman sekarang, macam-macam perangai manusia yang pelik kita dapat lihat di media sosial
Kadangkala, ada yang kita tidak pernah terfikir dek akal segelintir individu tergamak membuat servis yang bukan-bukan sehingga ada yang sanggup menjual isteri sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah akaun bernama @swingermelayu_ di laman aplikasi X yang dikatakan membuat servis seks berbayar untuk wanita hamil.
Lebih teruk lagi, servis itu dibuat oleh suami isteri. Bermakna, si isteri dengan rela hati untuk menghambakan diri kepada lelaki lain dengan beberapa syarat.
Jual isteri tengah hamil dua bulan, tapi suami kena tengok dengan mata sendiri
Menerusi ciapan yang dikongsi oleh pengguna bernama @ciraplaici, kelihatan tangkap layar tersebut menunjukkan beberapa syarat sekiranya ada lelaki yang ingin membuat seks dengan isteri kepada individu itu.
Apa yang membuatkan ramai takut dan terkejut adalah betapa tergamaknya suami isteri tersebut membuat servis seks sedemikian hanya untuk mendapatkan duit.
takut bodoh https://t.co/Gv3ApUdD2q pic.twitter.com/Ago9vzBCcx
— AL (@ciraplaici) November 24, 2023
Bahaya betul manusia sekarang, sanggup ya jual isteri. Yang isteri pun rela. Allahuakbar.