Semakin parah generasi sekarang, pelajar buat ‘trend’ terbaru di TikTok salahkan cikgu punca malas pergi sekolah

Photo of author

By Joe

Semakin parah generasi sekarang, pelajar buat ‘trend’ terbaru di TikTok salahkan cikgu punca malas pergi sekolah. Kini, terdapat satu trend terbaru di TikTok di mana pelajar melancarkan kempen mengutuk cikgu mereka sendiri.

Pelajar-pelajar ini menyatakan bahawa mereka tidak bermalas untuk ke sekolah bukan kerana mereka malas, tetapi kerana tidak puas hati dengan cikgu-cikgu mereka.

Salah seorang pengguna TikTok menyatakan bahawa peraturan sekolah membuatkan mereka semakin hari semakin menyampah pergi ke sekolah.

Semakin parah generasi sekarang, pelajar buat 'trend' terbaru di TikTok salahkan cikgu punca malas pergi sekolah

Di ruang komen, ramai yang menyokong konten tersebut. Rata-rata mereka menyalahkan cikgu dan peraturan sekolah yang tidak memuaskan hati mereka sebagai punca mereka menjadi malas untuk pergi ke sekolah.

Semakin parah generasi sekarang, pelajar buat 'trend' terbaru di TikTok salahkan cikgu punca malas pergi sekolah

Semakin parah generasi sekarang, pelajar buat 'trend' terbaru di TikTok salahkan cikgu punca malas pergi sekolah

Ada yang biadap menunjukkan jari tengah tanda tidak berpuas hati dengan cara guru melayan pelajar.

Semakin parah generasi sekarang, pelajar buat 'trend' terbaru di TikTok salahkan cikgu punca malas pergi sekolah

@moyyyanis kadang ii peraturan sekolah membuat malas sekolah 🤷🏼‍♀️ #fypage #foryourpage #fypp #fypquotes #quotes ♬ suara asli 🎧 – 𝐏𝐌𝐕

Trend ini benar-benar menyebabkan ramai netizen kecewa dengan generasi muda hari ini yang dianggap terlalu lembik. Hanya disebabkan peraturan sekolah yang ketat dan guru yang tegas, sudah menjadikan mereka tidak berdaya untuk pergi ke sekolah.

Tidak hairanlah baru-baru ini dilaporkan lebih 10,000 calon SPM 2023 tidak menghadiri dewan peperiksaan.

Tidak hanya itu, ada yang berbangga menunjukkan slip SPM mereka yang teruk di media sosial bersama-sama dengan bukti ketidakhadiran mereka ke dewan peperiksaan.

Ramai yang menegur golongan ini mengingatkan mereka, bahawa tanpa pendidikan, mereka akan menghadapi cabaran besar dalam kehidupan dewasa. Tidak semestinya seseorang itu perlu cemerlang atau mendapat A dalam setiap subjek. Namun ilmu yang diperoleh di sekolah dapat menjadi aset yang amat berguna di masa hadapan.

Kemudian yang lain menasihati pelajar pelajar ini bahawa, walaupun mereka tak suka dengan cikgu mereka, namun terima sahajalah keadaan dan terus berjuang untuk belajar.

Ayra menulis: “Walau macam mana pun kita benci tu cikgu tapi dia tetap cikgu kita sebab dia yang ajar kita jadi terima jak lah so just trust yourself and don’t give up.”

Trend malas datang ke sekolah sebab tak suka dengan cikgu sendiri ini sebenarnya turut berlaku di Indonesia.

@azzamsabil_45 #guru#bismillahfypp #masukberandafyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Original Sound – Unknown

Baca Lagi:
Beruang pecah masuk rumah curi biskut Oreo, ‘mesti naik harga lepas ini’
“Aku jarang balik rumah sebab isteri dah tak lawa, suatu hari aku terbaca status WhatsApp isteri buat aku terduduk”
Menu terbaharu air boba dicampur dengan ikan goreng buat ramai pelanggan kembang tekak