Seluar ahli politik terlondeh ketika berucap, sekali ini yang terjadi

Seluar ahli politik terlondeh ketika berucap, sekali ini yang terjadi

Seluar ahli politik terlondeh ketika berucap, sekali ini yang terjadi. Seorang wakil rakyat menanggung malu apabila seluarnya terlondeh sehingga ke buku lali semasa beliau berucap di hadapan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak dalam insiden di negeri Coahuila, Mexico baru-baru ini.

Kejadian menimpa Javier Borrego itu berlaku di ibu negeri Saltillo semasa pelancaran Projek Nasional 2024-2030 partinya menjelang pilihan raya umum tahun depan.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, ahli Parlimen mewakili parti sayap kiri Morena itu dilihat berdiri di hadapan hadirin, mengeluarkan teks ucapan dan membetulkan cermin mata sebelum seluar panjangnya tiba-tiba sahaja terlondeh sehingga menampakkan seluar dalam.

Seluar ahli politik terlondeh ketika berucap, sekali ini yang terjadi

Borrego yang tersipu-sipu memberitahu orang ramai “oh maaf” sebelum meneruskan ucapannya tanpa sebarang insiden lebih memalukan.

Difahamkan, Borrego mengalami susut berat badan selepas menjalani pembedahan bulan lalu selain terlupa memakai tali pinggang.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menjadikan insiden malang menimpa Borrego sebagai bahan jenaka.

“Sekarang mereka mengatakan insiden itu disebabkan oleh serangan daripada parti lawan,” kata Lance Luciano.
“Ingatkan dalam cerita kartun je jadi macam ni,” komen Sophia Castello.
“Terdapat satu episod dalam The Simpsons yang meramalkan perkara ini,” seloroh Sophia Castello.
Baca Lagi:
Lagi 4 bulan nak bebas, lelaki ini ditambah hukuman penjara selama 40 tahun, rupanya ini yang dia buat
Sempat bertaubat sebelum meninggal, jenazah ketua gangster badan penuh tatto tiba-tiba hilang saat dijirus air kapur barus
Penduduk kecoh air sungai Pahang kering, penternak ikan sangkar rugi puluhan ribu
CATEGORIES