Selera bayi makan kuat terbongkar, rupanya pengasuh gila campur ‘sesuatu’ dalam susu. Manusia semakin hari semakin hilang kewarasan. Contoh perbuatan kejam dan kurang siuman seorang pengasuh terhadap bayi di bawah jagaannya terbongkar baru-baru ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu di Surabaya, Indonesia, dia terkejut apabila mendapati bayinya jatuh sakit disebabkan memakan ubat steroid jenis deksametason dan pronicy tanpa pengetahuannya.
Deksametason adalah ubat yang digunakan untuk meredakan radang, manakala pronicy biasanya digunakan untuk menghentikan alergi.
Namun, kedua-dua ubat tersebut telah dicampurkan ke dalam susu oleh pengasuh supaya bayi yang dijaganya mempunyai selera makan yang kuat! Malah, tindakan kejam itu telah dilakukan sejak setahun lalu.
“Ini deksametason dan pronicy, ubat terlarang untuk kalangan dewasa. Apa akan jadi jika diberikan kepada bayi?” kata Linggra melalui laman Instagram-nya, @linggra.k, seperti dilaporkan Detik.com.
Dalam perkongsian yang sama, Linggra memperlihatkan dua jenis pil berwarna biru dan oren dalam sebuah botol.
Linggra pertama kali menyedari perbuatan terkutuk pengasuh itu ketika menemukan gelas anaknya berisi serbuk pada Ogos 2024. Curiga dengan serbuk tersebut, dia mengeledah laci milik pengasuh dan menemukan dua jenis pil itu.
Tanpa membuang masa, dia membawa anaknya berjumpa doktor dan disahkan mengalami penambahan berat badan serta bengkak muka disebabkan telah mengambil ubat jenis steroid dalam tempoh yang lama.
Menurutnya, dia tidak pernah terfikir bahawa selera makan anaknya yang baik dan badan ‘semangat’ itu bukan terjadi secara semula jadi, tetapi telah dikhianati oleh pengasuh yang menjaganya selama ini.
“Sebagai ibu, kita gembira melihat anak kuat makan tanpa menyedari dia ‘gemuk’ kerana diberi ubat,” tulisnya lagi.
Pada masa yang sama, pengasuh yang melakukan khianat terhadap anaknya telah ditangkap oleh polis. Wanita itu mendedahkan kejadian tersebut untuk memberi kesedaran dan keadilan kepada para ibu bapa yang anak mereka pernah disakiti.
View this post on Instagram
Baca Lagi:
Nenek buta sebelah mata tayang skil menembak, dapat markah paling tinggi
Suami saksi detik ngeri isteri maut dalam insiden lif terhempas
Ini 5 negara terkenal tiada lapangan terbang yang masih ramai tak tahu