Selepas tular video bersumpah undi pas dapat duit, ini respon Setiausaha PAS Kelantan

Selepas tular video bersumpah undi pas dapat duit, ini respon Setiausaha PAS Kelantan

Selepas tular video bersumpah undi pas dapat duit, ini respon Setiausaha PAS Kelantan. PAS Kelantan menafikan dakwaan mengarahkan pengundi yang pulang pada PRU15 bersumpah mengundi parti itu sebelum diberikan bantuan bayaran tambang. ( video dibawah sekali )

Setiausaha PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata parti itu hanya membantu pengundi dari luar negeri pulang mengundi.

“Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kos perjalanan tinggi khususnya yang kurang berkemampuan,” katanya kepada FMT.

Selepas tular video bersumpah undi pas dapat duit, ini respon Setiausaha PAS Kelantan

Katanya, setiap bantuan diberikan kepada mereka yang layak termasuk tambang perjalanan pulang, tanpa mengira parti mana diundi.

“PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dan kita tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Ibrahim, berkata bersumpah dengan nama Allah parti mana yang diundi pada pilihan raya bukan budaya PAS.

“Ia fitnah dicipta lawan untuk memburukkan parti itu. Sumpah undi siapa bukan amalan PAS, itu fitnah desperado,” katanya.

Terdahulu, tular video menunjukkan beberapa individu didakwa diminta bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka mengundi PAS sebelum diberikan bayaran tambang perjalanan pulang mengundi.

Baca Lagi:
Video bersumpah undi PAS dulu baru dapat duit
Kenapa isteri selalu cakap kasar dengan suami?, ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus
Trafik sesak, rupanya ada lelaki bogel jalan kaki di LDP
CATEGORIES