Selepas teruk kena kecam dengan netizen, Terengganu FC sedia batal tajaan RM1.5 juta daripada XFOX

Selepas teruk kena kecam dengan netizen, Terengganu FC sedia batal tajaan RM1.5 juta daripada XFOX

Selepas teruk kena kecam dengan netizen, Terengganu FC sedia batal tajaan RM1.5 juta daripada XFOX. TERENGGANU FC (TFC) dan syarikat pelaburan, XFOX Market Holdings Sdn Bhd telah bersetuju untuk membubarkan semula perjanjian penajaan bagi musim 2024/2025 yang sebelum ini ditandatangani tanpa sebarang tuntutan di antara kedua-dua pihak.

TFC dalam satu kenyataan pada hari Selasa menyatakan bahawa tindakan tersebut diambil selepas mempertimbangkan pandangan daripada penyokong dan juga untuk menjaga keharmonian kelab dalam menghadapi pelbagai cabaran akan datang.

Menurut kenyataan tersebut, TFC akan memulangkan semula bayaran penajaan kepada XFOX Market Holdings Sdn Bhd sebanyak RM1.5 juta yang telah dibayar.

Selepas teruk kena kecam dengan netizen, Terengganu FC sedia batal tajaan RM1.5 juta daripada XFOX

“TFC telah menandatangani perjanjian penajaan bersama XFOX Market Holdings Sdn Bhd pada 9 Jun yang lepas.
“Proses penandatanganan perjanjian ini telah melalui prosedur yang biasa dilakukan oleh TFC dengan penaja-penaja lain.
“Namun, selepas perjanjian penajaan ini menjadi tular, terdapat ketidakselesaan yang berlaku dalam media sosial dengan pelbagai kritikan yang menjejaskan keharmonian kelab,” ujar kenyataan tersebut.

Lebih lanjut, TFC menyatakan kesiapannya untuk bekerjasama dengan XFOX Market Holdings Sdn Bhd selepas menyelidik dan melihat sendiri operasi syarikat tersebut, terutamanya XFOX Arena di Subang Bestari yang menyediakan padang bola sepak sintetik yang bersesuaian dengan keperluan kelab TFC.

Walaupun demikian, kerjasama ini dilihat dari perspektif yang berbeza oleh pelbagai pihak, namun TFC juga menerima simpati daripada XFOX Market Holdings Sdn Bhd berkenaan dengan situasi tersebut.

Demi keharmonian kelab, dan mempertimbangkan suara penyokong yang merupakan tulang belakang pasukan, pihak TFC telah melakukan perbincangan dengan pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd untuk mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu ini.

“Atas persefahaman bersama, pihak TFC dan XFOX Market Holdings Sdn Bhd bersetuju untuk membubarkan semula perjanjian penajaan ini tanpa sebarang tuntutan di antara kedua-dua pihak.

“Tindakan ini lebih kepada melihat aspek keharmonian kelab untuk mengharungi pelbagai lagi cabaran mendatang,” ujarnya.

TFC turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh singkat bekerjasama dengan XFOX Market Holdings Sdn Bhd.

“Kami berharap keputusan ini akan menyumbang kepada keharmonian TFC, XFOX Market Holdings Sdn Bhd, dan semua penyokong kelab,” katanya.

Sementara itu, TFC juga mengumumkan bahawa mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan penaja bagi AFF Shopee Cup 2024.

Sebelum ini, terdapat laporan yang tular di media sosial yang mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan XFOX Market Sdn Bhd dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Susulan daripada perkembangan itu, ramai pihak terutama penyokong telah mendesak TFC untuk membatalkan perjanjian dengan syarikat pelaburan tersebut bagi memastikan imej pasukan bola sepak tidak terjejas dan untuk mengelakkan berlakunya masalah tidak diingini pada masa akan datang.

Baca Lagi:
Beza umur 40 tahun, tauke kedai emas kahwin dengan perempuan muda terima komen lucu dari netizen
30 tahun tersadai dalam bangsal, kereta ini akan dijual pada harga RM1.3 juta
Terengganu FC terima tajaan RM1.5 juta daripada XFOX
CATEGORIES