Selepas sidang media Ahli Parlimen BN, Wee Ka Siong mula buka mulut

Selepas sidang media Ahli Parlimen BN, Wee Ka Siong mula buka mulut

Selepas sidang media Ahli Parlimen BN, Wee Ka Siong mula buka mulut. Pagi tadi saya menghadiri perjumpaan Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN pada jam 10 pagi di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Saya menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja BN pada jam 11.23 malam semalam mengenai perjumpaan hari ini HANYA melibatkan Ahli-Ahli Parlimen BN. Satu sidang media telah diadakan selepas perjumpaan yang HANYA melibatkan Ahli Parlimen BN dan puluhan wartawan telah membuat liputan.

Saya terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini. Saya tidak tahu samada ianya telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan.

Perlu ditegaskan TIADA sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

Selepas sidang media Ahli Parlimen BN, Wee Ka Siong mula buka mulut

Apa yang pasti, saya HANYA menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja.

Selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, saya TIDAK terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan samada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.

Apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN.

Baca Lagi:
Sumber dedah Anwar PM, TokMat dan Shafie TPM
PH – BN bergabung bentuk kerajaan Pahang dan Perak
29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10
CATEGORIES