Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri.

Ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow akhirnya menyerah diri kepada polis selepas setahun menyembunyikan diri.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, dekat sini 11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.

Kata beliau, ahli perniagaan itu ketika ini berdepan 26 pertuduhan kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Selepas setahun diburu akhirnya Nicky Liow serah diri

“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

“Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Nicky diburu selepas operasi besar-besaran dilakukan oleh Polis Johor.

Menerusi serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebanyak 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

Baca Juga : Mike Tyson bakal bangunkan kerajaan ganja, ada Tyson Universiti dan Hotel mewah

Ini gred gaji jawatan utama sektor awam (JUSA) yang ramai belum tahu

Orang ramai dinasihati berwaspada apabila melihat pelekat hijau pelik di peti surat rumah

Warga emas meninggal dunia dalam kuliah agama selepas bertanyakan soalan tentang mati

CATEGORIES
TAGS