Selepas LRT, Anthony Loke naik KTM Komuter dan pergi ke TBS pula

Selepas LRT, Anthony Loke naik KTM Komuter dan pergi ke TBS pula

Selepas LRT, Anthony Loke naik KTM Komuter dan pergi ke TBS pula. Selepas meninjau operasi Transit Aliran Ringan (LRT) pada hari pertamanya sebagai Menteri Pengangkutan pada 5 Disember lepas, hari ini Anthony Loke Siew Fook meninjau pula perkhidmatan KTM Komuter.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, selain mengambil tren Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan, beliau turut mengambil peluang meninjau keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Loke berkata, beliau menerima banyak maklum balas di media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.

Selepas LRT, Anthony Loke naik KTM Komuter dan pergi ke TBS pula

 

“Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan cara untuk menambah baik dan menambah kekerapan perkhidmatan Komuter.

“Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaik taraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala,” katanya lagi.

Selain itu, Loke berkata, beliau juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu, dan musim perayaan.

Baca Lagi:
Tanah runtuh hempap tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, 69 dikhuatiri terperangkap
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
CATEGORIES