Selepas Khairudin Aman Razali umum keluar Pas, ini respon Annuar Musa

Selepas Khairudin Aman Razali umum keluar Pas, ini respon Annuar Musa

Selepas Khairudin Aman Razali umum keluar Pas, ini respon Annuar Musa. Anggota Parlime Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Menurutnya, surat untuk dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengikut perlembagaan PAS.

“Merujuk perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebagai rekod Khairuddin sejak kebelakangan ini tampil mengkritik pendekatan PAS termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Sebagai rekod dia juga sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS.

Selepas umum keluar parti, ini respon Annuar Musa :

Selepas Khairudin Aman Razali umum keluar Pas, ini respon Annuar Musa

Berita YB DATUK KHAIRUDIN AT-TAKIRI keluar PAS tidak memeranjatkan.

Beliau di ketahui di sisih beberapa kali dalam partinya,dan berhadapan beberapa isu lain.

Saya yakin beliau seorang Ahli Parlimen yang kental semangatnya.

Sebagai rakan ahli parlimen saya berharap beliau mempertimbangkan utk terus berjuang menerusi wadah umno dan Barisan Nasional pula. Insyaallah

Tan Sri Annuar Musa

Sumber: https://web.facebook.com/AnnuarMusa/posts/517731099709109

Baca lagi: Terkini !!! Khairuddin Aman Razali umum keluar dari PAS

CATEGORIES