Selepas kena usik dengan PMX, Syed Saddiq akhirnya ‘Mengaku’ Bella adalah miliknya

Photo of author

By Joe

Selepas kena usik dengan PMX, Syed Saddiq akhirnya ‘Mengaku’ Bella adalah miliknya. Selang seminggu selepas diusik menjadi model pakaian, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuat kejutan apabila tampil menyampaikan persalinan baju Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Saddiq mengambil peluang untuk menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu itu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri di Lobi Parlimen hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sempat berseloroh ketika menerima pemberian itu, menyatakan bahawa selebriti, Bella Astillah, sepatutnya hadir ketika penyerahan sepersalinan baju Melayu tersebut.

Selepas kena usik dengan PMX, Syed Saddiq akhirnya 'Mengaku' Bella adalah miliknya

Syed Saddiq menerusi reaksi sepontan ‘meminta’ Anwar untuk tidak ‘mengganggu’ Bella, seolah-olah mengiyakan gosip yang mengatakan selebriti berkenaan adalah teman wanita kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

“Jangan kacau, itu (Bella) saya punya, kasi (bagi) chance (peluang) la Datuk Seri,” katanya dalam klip video yang dikongsi menerusi siaran langsung di platform TikTok miliknya, hari ini.

Interaksi kedua-dua pemimpin yang disiarkan di TikTok itu turut mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

“Gurauan PMX (Anwar) mewakili rakyat yang tunggu jawapan dari YBSS (Syed Saddiq).. akhirnya YB (Yang Berhormat) sendiri sebut jangan kacau, itu saya punya, kasi chance (peluang) laa.. Adui, terima kasih banyak pmx,” komen Anna.

BH minggu lalu melaporkan, Anwar ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, sempat mengusik Syed Saddiq yang kini ‘trending’ di media sosial selepas menjadi model baju raya untuk sebuah jenama fesyen.

“…tak pakai baju Melayu hari ni…model pakaian tak ada hari ni?” demikian usik Perdana Menteri sambil mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana mengajukan soalan.

Usikan Perdana Menteri itu menceriakan suasana Dewan Rakyat apabila disambut dengan hilai tawa beberapa Ahli Parlimen, termasuk ada yang membangkitkan nama pasangan Syed Saddiq sebagai model baju raya, Bella.

Syed Saddiq ketika sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat sebelum ini mengakui terpaksa menjadi model baju raya untuk sebuah jenama fesyen bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan daripada MUDA itu dilaporkan berkata, ia susulan usahanya untuk mendapatkan peruntukan yang berhasil.

“Saya sudah cuba berkali-kali (memohon peruntukan) namun tidak berjaya… sebab itu saya lari dan jadi model. Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model.

“Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” katanya.

@borniwi Adoii mulut aku cramp hari2 tersengih #BASS #anwaribrahim #syedsaddiq #bellaastillah #love #lovestory #primavalet #sweetcouple ♬ original sound – Borniwi

Baca Lagi:
Lelaki pandu Myvi sampai ke China tanpa sebarang masalah buat ramai kagum
Ini cara betul pakai ihram untuk lelaki mengikut sunnah
“Semalam, dia ada raptai dan sesi ‘fitting’ baju” – Pengurus nafi Nadeera dicekup khalwat dengan suami orang