Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi

Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi

Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi. Setiap pemain Arab Saudi dilaporkan akan menerima hadiah lumayan daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman setelah pasukan itu mencipta sejarah tersendiri mengejutkan Argentina 2-1 di Piala Dunia 2022.

Arab Saudi tampil cemerlang di perlawanan pertama Kumpulan C Piala Dunia di Qatar apabila membenam juara Copa America di Stadium Lusail petang semalam (waktu tempatan).

Skuad Helang Hijau terlebih dahulu ketinggalan 1-0 pada selepas Lionel Messi berjaya meletakkan pasukan pilihan itu di hadapan pada minit ke-10 perlawanan.

Arab Saudi bagaimanapun bangkit pada babak kedua perlawanan melalui dua jaringan cantik, masing-masing oleh Saleh Al Shehri pada minit ke-48, dan Salem Al Dawsari pada minit ke-53 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kemenangan ke atas Argentina itu membenarkan skuad kendalian Herve Renard menduduki kedudukan teratas Kumpulan C setelah satu pagi perlawanan membabitkan Mexico dan Poland berkesudahan seri tanpa jaringa.

Kemenangan tersebut turut menjadikan Arab Saudi sebagai pasukan pertama dari Asia yang menewaskan Argentina di Piala Dunia.

Hadiah bernilai RM2.5 juta

Selepas kalahkan Argentina 2-1, Putera Mahkota Arab Saudi hadiahkan Rolls Royce Phantom bernilai RM2.5juta kepada setiap pemain Arab Saudi

Walaupun baru melalui satu perlawanan dan merekodkan satu kemenangan, ia sudah cukup untuk skuad Arab Saudi mendapat penghargaan daripada Kerajaan Arab Saudi.

Melalui laporan oleh Goal, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman dikatakan berkenan untuk menghadiahkan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phanton kerana pencapaian luar biasa itu.

Perkhabaran tersebut sudah pun mulai dikongsi oleh beberapa individu ternama di Arab Saudi seperti usahawan India, Suhel Seth yang mengesahkan perkara tersebut.

Seorang doktor gigi di Arab Saudi, Awab Alvi turut mengesahkan perkara yang sama.

Harga pasaran terkini untuk Rolls Royce keluaran edisi Phanton untuk buatan tahun 2022 dikatakan bernilai sekitar US$460,000 (Rm2.1 juta) sehingga US$550,000 (RM2.5 juta).

Baca Lagi:
Superman Hew DAP ditahan polis
Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia
Ke arah “Kerajaan Perpaduan Malaysia” PH, BN rangka perjanjian 10 perkara
CATEGORIES