Selepas ditamatkan perkhidmatan, bekas ketua pengarah mahu saman kerajaan Anwar

Selepas ditamatkan perkhidmatan, bekas ketua pengarah mahu saman kerajaan Anwar

Selepas ditamatkan perkhidmatan, bekas ketua pengarah mahu saman kerajaan Anwar. Selepas ditamatkan perkhidmatan sebagai ketua pengarah perkhidmatan awam (KPPA) yang berkuat kuasa semalam, Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tindakan terhadapnya itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Shafiq berkata dia berasa terkilan dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai “penganiayaan”.

Selepas ditamatkan perkhidmatan, bekas ketua pengarah mahu saman kerajaan Anwar

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiaya saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Sesungguhpun demikian, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati semua pegawai awam menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota perkhidmatan awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA berkuat kuasa 12 Dis.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, penamatan itu dibuat selepas melalui semua prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan diteliti peguam negara.

Baca Lagi:
Lubang gergasi ditengah bandar dibaik pulih dalam masa 48 jam sahaja
Hidup bersederhana pasangan muda ini dipuji, tinggal dipondok sangkar ikan tapi rumah bersih dan kemas sangat
Cipta sejarah Malaysia, lelaki Pulau Pinang menang jakpot RM69,637,527.35 juta dengan modal RM50
CATEGORIES