Selepas dipecat dari Umno, TMJ tawar KJ kerja baru

Selepas dipecat dari Umno, TMJ tawar KJ kerja baru

Selepas dipecat dari Umno, TMJ tawar KJ kerja baru. Adakah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Persoalan itu bermain dalam fikiran peminat bola sepak tempatan susulan hantaran terbaru pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail seakan memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.

Selepas dipecat dari Umno, TMJ tawar KJ kerja baru

“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy.

Kenyataan Tunku Ismail itu menghangatkan lagi suasana ketika Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dilaporkan dipecat dari parti itu.

Bagaimanapun tidak mustahil bayangan yang diberikan Tunku Ismail itu menjadi kenyataan dengan Khairy dilihat memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi selain berpengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Baca Lagi:
Jangan tutup lampu tandas kalau tidur di hotel, ini sebabnya
Tular video peniaga tunjuk cara goreng ayam, tiba-tiba iphone jatuh dalam kuali..Akhirnya ini yang jadi
Loan rumah cara orang cina, orang melayu boleh ikut cara ini
CATEGORIES