Selepas digantung keahlian selama 6 tahun, Hishammuddin dedah sesuatu

Selepas digantung keahlian selama 6 tahun, Hishammuddin dedah sesuatu

Selepas digantung keahlian selama 6 tahun, Hishammuddin dedah sesuatu. Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian dalam Umno selama enam tahun tidak menganggap tindakan itu sebagai pengakhiran kepada karier politiknya.

Sebaliknya, bekas Naib Presiden Umno itu menjelaskan, ia adalah suatu perkara baharu yang perlu ditempuhi dalam meneruskan usaha serta agendanya membela agama, bangsa dan tanah air.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama enam tahun.
“Berkenaan apa langkah seterusnya, saya terpaksa berbincang dengan kepimpinan Umno Sembrong untuk memikirkan apa hala tuju dan tindakan saya selanjutnya.
“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama bangsa dan tanah air. Ini bukanlah pengakhiran tapi hanya permulaan… Permulaan yang baharu,” katanya dalam perkongsian video di Facebook beliau malam ini.

Selepas digantung keahlian selama 6 tahun, Hishammuddin dedah sesuatu

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya semalam mengesahkan penggantungan Hishammuddin dan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan.

Selain itu, Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga berdepan nasib sama, sementara Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya diberi surat tunjuk sebab.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tan Sri Noh Omar pula dipecat.

Baca Lagi:
Rupanya ada rahsia tersembunyi pada duit ringgit Malaysia
Selepas dipecat dari Umno, TMJ tawar KJ kerja baru
KJ masuk PKR?, ini jawapan Rafizi
CATEGORIES