Selepas BN kalah teruk, ini respon Zahid Hamidi

Selepas BN kalah teruk, ini respon Zahid Hamidi

Selepas BN kalah teruk, ini respon Zahid Hamidi. BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menganggap keputusan PRU15 ini sebagai isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap parti itu.

“Namun begitu BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.
“Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Selepas BN kalah teruk, ini respon Zahid Hamidi

Katanya lagi, BN mahu melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid memberitahu, BN akan memberikan tumpuan untuk mengembalikan kekuatan parti terutama menangani cabaran semasa dan keperluan generasi baharu.

Setakat jam 12 tengah malam, BN hanya memenangi 18 kerusi Parlimen manakala Pakatan Harapan dengan 65, Perikatan Nasional (43), Gabungan Parti Sarawak (21) dan Gabungan Rakyat Sabah (tiga).

Baca Lagi:
Terkini: Pengerusi SPR mula tiba di Istana Negara
Muhyiddin, Hadi terima kunjungan Abang Johari bincang tubuh kerajaan
PRU15: Umno rebah, MB Johor mahu segera Zahid letak jawatan
CATEGORIES