Selepas 5 bulan pemergian Prebet Iman, kakak terkejut baca diari milik adiknya

Selepas 5 bulan pemergian Prebet Iman, kakak terkejut baca diari milik adiknya

Selepas 5 bulan pemergian Prebet Iman, kakak terkejut baca diari milik adiknya. Mendapat peluang kerja sebagai seorang tentera bukan semata-mata kerana gaji tetap, namun lebih kepada semangat patriotisme untuk mempertahankan negara satu hari nanti. Namun bagi Allahyarham Prebet Iman, perjalanannya terhenti di tengah jalan apabila pemuda berusia 23 tahun itu tiba-tiba rebah ketika menjalani latihan ketenteraan.

Prebet Iman disahkan ‘menutup mata’ kerana strok haba

Melalui temubual mStar bersama si kakak iaitu Noorzihansafira Arbain, hal itu berlaku pada tanggal 19 September 2022 sewaktu Iman melalui kursus orientasi asas komando. Setelah dimasukkan ke pusat rawatan, Prebet Iman disahkan menghembuskan nafas terakhir asbab mengalami strok haba serta organ gagal berfungsi.

Selepas 5 bulan pemergian Prebet Iman, kakak terkejut baca diari milik adiknya

Jurulatih kata aku kurang ajar ketuk pintu tak bagi salam…Aku dihukum, kepala ku dihayun

Genap 5 bulan sejak adiknya menghadap Ilahi, sudah pasti kerinduan terus menerpa ahli keluarga. Namun terbaru, Zihan sempat berkongsikan rasa terkejut setelah membaca diari lama milik Iman yang mengandungi luahan bagaimana dirinya berdepan situasi ragging setelah mengetuk pintu bilik jurulatih.

Saya terbayangkan dia memang tak akan melawan…Ayah marah pun dia tak melawan

Namun jelas Zihan, luahan itu tiada kaitan dengan punca pemergian Prebet Iman. Diari berkenaan memang mengandungi banyak coretan tentang rutin sehariannya, namun bahagian ragging itu didakwa berkemungkinan ditulis pada tahun 2021 iaitu sewaktu Iman menjalani latihan sebelum bergelar prebet.

9d8d20d5 90c5 47f2 b738 982fc4d3c74e 768x385.jpg e1677816360349

Jangan gunakan kuasa untuk tindas orang bawah

Tambah wanita berusia 31 tahun itu, perkongsiannya tentang Prebet Iman juga atas niat memberi kesedaran tentang ketelusan amanah seseorang yang bergelar jurulatih. Pangkat tinggi bukanlah ‘tiket’ untuk menyalahgunakan kuasa, apalagi budaya ragging tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana institusi badan beruniform.

pkpnkp.jpg e1677816410108

Baca Lagi:
Mahkamah Tinggi KL bebaskan Najib dan Arul Kanda berhubung kes 1MDB
Bantuan Khas Kewangan RM350 untuk bujang tahun 2023, semak sekarang
Mak ayah masih sihat umur 80 tahun, adik beradik dah mula sibuk bahagi harta padahal dalam simpanan masing-masing berjuta
CATEGORIES