Selepas 49 tahun Bruce Lee meninggal, akhirnya kajian dedah punca sebenar kematian

Selepas 49 tahun Bruce Lee meninggal, akhirnya kajian dedah punca sebenar kematian

Selepas 49 tahun Bruce Lee meninggal, akhirnya kajian dedah punca sebenar kematian. Setelah hampir 50 tahun selepas kematian pelakon Bruce Lee, penyelidikan terbaru mendapati bahawa kematian mengejut bintang filem itu mungkin disebabkan oleh minum air terlalu banyak.

Pakar seni mempertahankan diri itu meninggal dunia di Hong Kong pada Julai 1973 akibat daripada pembengkakan otak.

Namun satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Buah Pinggang Klinikal bagaimanapun mendakwa bahawa Lee minum air melebihi daripada keperluan badannya dan punca sebenar kematiannya mungkin disebabkan ‘hiponatremia’.

Keadaan ini berlaku apabila jumlah air dalam badan seseorang mengurangkan paras natrium dalam darah mereka dan menghalang mereka daripada membuang air dengan cepat atau cukup cekap.

Selepas 49 tahun Bruce Lee meninggal, akhirnya kajian dedah punca sebenar kematian

Lee yang telah meninggal dunia pada usia 32 tahun dikatakan mempunyai masalah “pengambilan cecair yang kronik” termasuk pengambilan alkohol dan diet berasaskan minuman jus.

Selain itu, beliau juga didakwa menggunakan ganja dan sebelum ini pernah mengalami kecederaan di buah pinggangnya hasil daripada pengamalan seni mempertahankan diri. Menurut kajian itu, semua faktor tersebut merupakan risiko kepada hiponatremia.

“Kami membuat hipotesis bahawa Bruce Lee meninggal dunia akibat disfungsi buah pinggang. Ketidakupayaan untuk mengeluarkan air yang mencukupi bagi mengekalkan homeostasis air.
“Ini boleh menyebabkan hiponatremia, edema, serebrum dan kematian dalam beberapa jam jika pengambilan air berlebihan tidak dipadankan dengan proses perkumuhan air menerusi pembuangan air kencing.
“Memandangkan hiponatremia adalah kerap, seperti yang terdapat pada melebihi 40 peratus orang yang dimasukkan ke hospital. Pengambilan air yang berlebihan boleh menyebabkan kematian walaupun pada orang muda dan sihat. Terdapat keperluan untuk penyebaran meluas tentang konsep bahawa pengambilan air yang berlebihan boleh membunuh,” tulis jurnal itu lagi.

Para penyelidik juga menyatakan bahawa hiponatremia mungkin telah menyebabkan pembengkakan otak yang ditemui doktor pada Lee tahun 1973 lalu.

“Lee pernah membuat petikan seperti ‘Be water my friends‘. Tetapi kesan air yang berlebihan pada akhirnya membunuhnya,” dalam kesimpulan yang dibuat oleh para penyelidik itu.

Banyak teori beredar akibat punca kematian Lee, termasuk dakwaan bahawa dia mengalami strok haba, keracunan secara tidak sengaja selepas mengambil aspirin yang tercemar dan dibunuh oleh gangster.

Baca Lagi:
Surat terbuka dari Tun M kepada pengundi
Selepas tular video bersumpah undi pas dapat duit, ini respon Setiausaha PAS Kelantan
Trafik sesak, rupanya ada lelaki bogel jalan kaki di LDP
CATEGORIES