Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Ibu Pejabat UMNO

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Ibu Pejabat UMNO

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Ibu Pejabat UMNO. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn sekitar pukul 7.42 malam tadi.

Kehadiran beliau turut menjadi sebutan ramai apabila dikatakan kembali menjejak kaki di bangunan tersebut selepas 25 tahun.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dijangka bermula pukul 8.30 malam ini.

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Ibu Pejabat UMNO

Selain Anwar, mesyuarat itu juga turut disertai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dap, Amanah dan Parti Warisan.

Baca Lagi:
Berat daging ‘frozen’ hilang 400 gram selepas dipotong, netizen beri penjelasan bagaimana berat boleh berkurang
Sekumtun Bunga Orkid Shenzhen Nongke dijual pada harga RM7 juta
Setiap hari kucing lepak dekat rumah kosong, macam ada sesuatu…Satu family datang pujuk tapi lain pula yang jadi
CATEGORIES