Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara

Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara

Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara. Pada awal 1990-an, Anwar Ibrahim dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalan perdana menteri sebelum bakal penggantinya itu dipecat daripada jawatannya pada 1998.

Selepas lebih 24 tahun, Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya itu boleh menjalankan tugas dengan baik sebagai perdana menteri.

Dalam temu bual eksklusif dengan Berita Harian, Mahathir menyatakan kebimbangannya mengenai kemampuan Anwar untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.

Kata Mahathir, ini berdasarkan pandangannya terhadap prestasi Anwar sebagai menteri kewangan lebih 20 tahun lalu.

Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara

Dalam temubual tersebut Mahathir mendakwa Anwar gagal mencari penyelesaian apabila krisis kewangan Asia 1997 melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang menurutnya berisiko menyebabkan Malaysia muflis.

“Pada masa saya jadi perdana menteri kali pertama, saya pergi cuti selama dua bulan. Semasa saya cuti, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), diberi tanggungjawab sebagai pemangku perdana menteri, tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.

“Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang mana ringgit Malaysia turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga menjadi menteri kewangan.

“Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit itu dengan mengikuti pendapat IMF dan Bank Dunia. Saya berpendapat, kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan jadi muflis dan kita tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara kita.

“Tetapi Anwar tak ada cadangan yang lain selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia, sebab itu saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara,” katanya dalam temu bual eksklusif di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini.

Krisis kewangan Asia merupakan bibit-bibit permulaan pertelagahan antara Anwar dan Mahathir.

Ia berakhir dengan pemecatan Anwar pada 1998 sebelum dia dipenjarakan pada tahun berikutnya.

Kedua-dua tokoh itu memperbaiki hubungan mereka pada 2016 apabila Mahathir berusaha mendapatkan sokongan pembangkang dalam usahanya untuk menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Apabila Mahathir – selaku pengerusi Pakatan Harapan (PH) menjadi perdana menteri sekali lagi pada 2018, persetujuan dicapai bahawa dia akan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Namun, perkara itu tidak berlaku.

Pengkritik Mahathir turut mendakwa dia merestui Langkah Sheraton pada 2020 bagi mengekalkan kuasa dan menafikan Anwar sebagai perdana menteri

Langkah itu, bagaimanapun, berakhir dengan Mahathir turut hilang kuasa.

Sejak itu sokongan terhadap Mahathir mulai merosot dan parti Pejuang yang diasaskannya hilang semua deposit mereka pada pilihan raya umum ke-15.

‘Kerjasama PH- BN pelik’

Dalam pada itu, Mahathir berkata kerjasama PH dengan Umno-BN bagi membentuk Kerajaan Perpaduan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada janji dan pendirian parti politik

Dia menyifatkan kerjasama kedua-dua gabungan itu meremehkan janji yang dibuat kepada rakyat oleh parti politik, khususnya sepanjang kempen pilihan raya.

“Ini memberi gambaran seolah-olah pilihan raya tidak berkesan dalam menentukan pihak yang akan jadi kerajaan berdasarkan janji yang baik. Mereka mungkin lakukan benda yang di luar atau bertentangan janji mereka,” katanya,” katanya.

Bekas ahli parlimen Langkawi itu turut menyifatkan kerjasama PH dan Umno sebagai perkara pelik dan mengetepikan pendirian masing-masing

“Pendirian mereka (Umno) ialah tidak akan terima kerjasama dengan Anwar dan DAP.

“Sekarang ini bukan saja mereka kerjasama, bahkan menyokong musuh mereka sebagai Perdana Menteri dan (Umno) bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Semasa Langkah Sheraton, Mahathir sendiri cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan mendapatkan sokongan semua ahli parlimen. Pada ketika itu dia mahu membentuk kabinet berdasarkan sokongan “individu” di parlimen kerana enggan bekerjasama dengan Umno sebagai sebuah parti.

Idea itu bagaimanapun ditolak oleh Umno dan PAS – yang pada mulanya menyokong Mahathir.

Kedua-dua parti itu kemudian memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai perdana menteri manakala PH menarik balik sokongan mereka kepada Mahathir.

Baca Lagi:
Akan kembali bersama Sepahtu?, ini jawapan Shuib buat peminat rasa gembira
Ramai kawan gelakkan aku jual kayu api dekat KL, – Dia tak tahu income aku setiap hari RM600
Dulu gaji masyuk sampai beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang terjadi pada pemain bola sepak Kedah ini
CATEGORIES