Selepas 24 tahun, bekas PA Along Spoon masih trauma ‘peristiwa hitam’, begini kehidupan beliau tanpa suami

Photo of author

By Joe

Selepas 24 tahun, bekas PA Along Spoon masih trauma ‘peristiwa hitam’, begini kehidupan beliau tanpa suami. Sekitar tahun 1999 yang lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan penyanyi yang hits dengan lagu ‘Rindu Serindu Rindunya’ iaitu Along daripada kumpulan Spoon.

Kehilangan Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie selama 10 hari akhirnya terjawab apabila pihak polis menjumpai mayatnya dalam karung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.

Kini, peristiwa hitam itu telah 24 tahun berlalu dan antara orang turut terkesan dengan kisah itu adalah Salina Ali, isteri kepada pembunuh penyanyi tersebut yang dihukum gantung, Mohamed Ya cob.

Selepas 24 tahun, bekas PA Along Spoon masih trauma 'peristiwa hitam', begini kehidupan beliau tanpa suami

Salina adalah Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Syarikat Life Record yang turut menaungi kumpulan Spoon sememangnya menjadi ‘buruan’ wartawan berikutan peristiwa pembunuhan Along rancak diperkatakan media pada waktu itu.

Kini, kehidupan Salina terus bahagia bersama anak-anak dan cucu dan turut aktif mengusahakan perusahaan menyewa kanopi dan khemah untuk majlis kahwin dan majlis tertentu.

Menyoroti tragedi lama yang baginya masih segar di ingatan, Salina berkata kisah itu terlalu berat untuk ditanggung apatah lagi mempunyai anak-anak kecil untuk dijaga.

Saya pengsan tiba-tiba apabila berita itu keluar di TV kerana pada waktu itu saya rasa seolah-olah langit jatuh menghempap kepala saya!

Terlalu berat sehinggakan tidak tertanggung. Selepas sedar, saya menangis teringat anak-anak.

Selepas peristiwa itu meledak di media, Salina kemudiannya berhenti kerja sebagai PA dan bekerja di Singapura namun kembali semula ke Malaysia dan menjual nasi lemak.

Kesusahan demi kesukaran Salina tanggung di saat membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami dan figura bapa kepada cahaya matanya, kini Salina mempunyai enam orang cucu dan sudah pun bergelar nenek.

Mengimbas kembali kehidupannya setelah ‘peristiwa hitam’ itu, Salina bersyukur kerana mempunyai dua orang sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang iaitu Nurzarida (ibu kepada pelakon Amyra Rosli) dan Azizah.

Sejak dahulu lagi anak-anak adalah kekuatan saya. Kini dengan kehadiran enam orang cucu, hidup saya amat bermakna dan lengkap. Saya akan sentiasa bersama mereka selagi waktu masih ada.

Sebenarnya walaupun peristiwa hitam itu telah 20 tahun berlalu, namun apabila berjalan di khalayak ramai, tanpa sedar saya akan tundukkan muka.

Baca Lagi:
Lelaki Nigeria bunuh ketua jururawat hospital Serdang terlepas hukuman gantung, rupanya ini yang berlaku
Anak 6 tahun tidur sekali dengan mak ayah, siap ajar kawan buka seluar dan buat aksi seperti yang dilihat setiap malam
“Kerja apa sampai pakai Vellfire? Tungang agama ke?”, ini respon Ustaz Adnin Roslan