Selamba Azhar Sulaiman makan di kedai cina, status halal jadi bualan ramai

Selamba Azhar Sulaiman makan di kedai cina, status halal jadi bualan ramai

Selamba Azhar Sulaiman makan di kedai cina, status halal jadi bualan ramai. Pelakon senior, Azhar Sulaiman baru-baru ini membuat perkongsian bersama peminat di media sosial mengenai kunjungannya di sebuah restoran makanan Cina yang terletak di Ss2, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Azhar menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa beliau akan berkunjung ke restoran berkenaan apabila dirinya mengalami ‘moody blues’.

“Ini penawarnya apabila saya rasa Moody Blues.”-kapsyen Azhar di Instagram

Selamba Azhar Sulaiman makan di kedai cina, status halal jadi bualan ramai

Pelbagai Reaksi Netizen

Perkongsian Azhar di Instagram telah mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada yang turut mempersoalkan status halal restoran yang dikunjungi oleh Azhar untuk makan malam.

“My feberet tu.”

“Halal ke?.”

“Ooh restoran kasbeg 💪🏻.

“Mana ni?.”

“Sumpah this is my fav combination dish mummy 😢😢😢😍.”

Screenshot 2023 05 26 110636

Pesan Makanan Dari Gerai Kecil Di Luar Restoran Cina

Dalam pada itu, Azhar menjelaskan bahawa makanan yang dipesan adalah dari gerai kecil yang beroperasi di luar restoran berkenaan dan hanya menjual ikan bakar sahaja.

“Makanan saya dari gerai kecil yang beroperasi di luar restoran. Berbeza pemilik. Gerai ini hanya jual ikan bakar sahaja. Minum Teh o ais.

Samakah status warung ini dengan restoran lain di mall yang serve alkohol juga like Friday’s and other restaurant?.”-tulis Azhar lagi

Selain Azhar Sulaiman, penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah sebelum ini pernah menjadi bualan selepas berkunjung ke sebuah restoran makanan Cina di Butterworth, Pulau Pinang.

Jelas Ifa, restoran yang dikunjunginya itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Apa komen anda?

Baca Lagi:
Harga petai “cekik darah”, 200gram dijual RM113.90
Penyebaran ajaran sesat ‘Yahudi’ berlaku di pondok dibimbangi menular di Malaysia
Beratur penduduk kampung mahu jual tanah setelah dapat tahu harga cecah hampir RM3 juta
CATEGORIES