“Selamat tinggal Proton Exora”, inilah unit terakhir dibuat setelah 14 tahun pengeluaran

Photo of author

By Joe

“Selamat tinggal Proton Exora”, inilah unit terakhir dibuat setelah 14 tahun pengeluaran. Demikian titip warga maya selepas beberapa keping gambar badan casis unit terakhir MPV itu dikongsikan di laman sosial.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C yang dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) itu ditamatkan pengeluaran sepenuhnya pada 18 Oktober.

“Setelah 14 tahun sejak dilancarkan pada 15 April 2009. Ini adalah unit yang terakhir. Hari ini telah ditamatkan pengeluarannya.
“Sayonara Proton Exora,” kongsi pengguna Facebook, Muhammad Hafiz.

"Selamat tinggal Proton Exora", inilah unit terakhir dibuat setelah 14 tahun pengeluaran

Pada atas hud unit terakhir itu, ditulis beberapa ayat berbunyi ’14 Tahun, MPV Exora Terakhir, #196583, 18/10/2023′ dan ‘terima kasih Proton.’

Tidak hanya itu, bingkai cermin hadapan diletakkan bendera Malaysia manakala bahagian belakang pula diletakkan bendera negeri Selangor.

Perkongsian foto berkenaan menimbulkan perasaan sayu dan menyentuh hati warga maya susulan penamatan pengeluarannya.

Pernah dinobatkan sebagai Best Automotive Debut Model of the Year at Frost & Sullivan Malaysia Excellence Award 2010, warganet mengakui ia merupakan MPV tempatan yang terbaik pernah dimiliki.

Malah ramai memuji model berkenaan masih boleh digunakan lagi dalam keadaan baik walaupun sudah berbelas tahun.

"Selamat tinggal Proton Exora", inilah unit terakhir dibuat setelah 14 tahun pengeluaran

– “MPV paling berbaloi aircond sampai belakang. Proton memang terkenal dengan aircond sejuk beku. Terima kasih Proton.”

– “Subhanallah. An end to one of a good product. Secara peribadi, sedih kerana tak dapat diteruskan.”

– “Sudah sampai masanya…”

– “MPV terbaik mampu milik, sampai sekarang masih elok.”

Selain Proton Exora, Proton Wira juga antara kenderaan Proton yang paling lama pengeluarannya iaitu dari tahun 1993 hingga 2007.

INFO MENARIK PROTON EXORA

"Selamat tinggal Proton Exora", inilah unit terakhir dibuat setelah 14 tahun pengeluaran

1-Proton mengadakan peraduan menamakan model Proton MPV untuk mencari nama yang sesuai untuk model MPV ini, sebagaimana sebelum Proton Saga generasi pertama hendak dikeluarkan pada tahun 1985. Tarikh tutup peraduan 30 September 2008 dan keputusannya diumumkan pada 17 Februari 2009.

2-Nama Proton Exora dipilih daripada pemenang hadiah utama Peraduan Namakan Proton MPV iaitu Norsholihan Bt Abdul Eanich.

3-Nama Exora diambil daripada nama saintifik bagi bunga siantan (Ixora spp).

4-Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah di Internet pada 23 Januari 2009, beberapa bulan lebih awal daripada tarikh pelancaran iaitu April 2009.

5-MPV tujuh tempat duduk pertama Proton ini digantikan oleh Proton X90 yang merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Baca Lagi:
Patutlah orang dulu-dulu semua kurus belaka, rupanya ini rahsia beras pulut yang ramai tak tahu
Sebanyak 154 ajaran difatwakan sesat di Malaysia
Dua lelaki panjat lori curi tong gas di tengah jalan raya