Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam

Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam

Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam. MASALAH bau badan, khususnya pada bahagian ketiak boleh menjejaskan keyakinan seseorang.

Selain menggunakan deodorant, anda juga boleh mencuba petua tradisional dalam menangani masalah itu.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Ana Mahabu, terdapat tujuh bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menghapuskan masalah bau ketiak ‘hangit’.

Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam

1. Cuka epal

Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau apple cider.

Caranya, tuang cuka ke dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.

Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan untuk menyahkan bau badan.

Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam

2. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.

Caranya, campur satu sudu jus lemon dengan satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.

3. Lemon

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman pada ketiak.

Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.

Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.

4. Air mawar

Air mawar boleh dibeli siap daripada kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.

Sapu rose water pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri, ia dikatakan boleh menghilangkau bau busuk ketiak.

Selamat tinggal deodorant, akhirnya dah jumpa petua hilangkan bau ketiak yang masam

5. Serbuk Sandalwood

Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasar raya, atau ada yang dijual dalam pek secara komersial di kedai kecantikan.

Jadikan ia sebagai pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood.

Kemudian sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.

6. Tawas

Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang dijadikan serbuk.

Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.

7. Sengkuang

Kisar halus sengkuang hingga keluar jus dan sapu pada ketiak.

Ia dikatakan mampu menghilangkan bau ketiak sehingga 10 jam lamanya.

Baca Lagi:
Lepas cerai baru tahu bekas suami seorang jutawan dedah mahkamah
Akhirnya saintis temui mengapa serangga mudah tertarik dengan cahaya lampu
Mesti ada ibu, anak buaya tembaga ditangkap di pantai Port Dickson
CATEGORIES