Selama 4 tahun ‘bermusuh’, Awie dan Amy akhirnya berdamai, rupanya ini punca yang berlaku 4 tahun lalu

Selama 4 tahun ‘bermusuh’, Awie dan Amy akhirnya berdamai, rupanya ini punca yang berlaku 4 tahun lalu

Selama 4 tahun ‘bermusuh’, Awie dan Amy akhirnya berdamai, rupanya ini punca yang berlaku 4 tahun lalu. Hubungan dingin antara Datuk Awie dan bintang rock legenda, Datuk Amy Search selama empat tahun kembali pulih dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, selain tidak mahu lagi bermusuhan dengan sesiapa, hatinya terbuka untuk berdamai selepas bertemu dengan dua orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Antasha,13, selepas lapan tahun terpisah.

Selama 4 tahun 'bermusuh', Awie dan Amy akhirnya berdamai, rupanya ini punca yang berlaku 4 tahun lalu

“Hubungan kami mulai dingin selepas Allahyarham Yazit meninggal dunia pada 2019. Alhamdulillah, kami sudah rujuk (berdamai).
“Saya rasa bulan ini sangat mulia dan bulan untuk memaafkan.
“Ada seseorang diutuskan untuk bertemu saya bagi membincangkan mengenai pertemuan ini. Bagaimanapun saya ambil masa berminggu-minggu untuk memikirkan perkara itu.
‘Maklum sajalah, semua orang ada ego masing-masing. Selepas lama berfikir, saya tak nak berlaku biadap pada orang yang lebih dewasa daripada saya.
“Dan juga rasa sayang saya kepadanya sebagai seorang abang dan menganggapnya sebagai pelopor rock dan nombor satu dalam Malaysia ini.
“Sebagai orang yang lebih muda daripada Amy, saya akhirnya akur dan pergi berjumpa dengannya.
“Kami bermaafan dan berpelukan sebagai adik, sahabat dan rakan seperjuangan dalam industri ini.
“Pertemuan dengan dua anak dan juga hubungan yang kembali jernih dengan bekas isteri turut membuka hati untuk saya berdamai dan memaafkan semua orang yang pernah bermusuhan dengan saya,” katanya pada sidang media selepas menjayakan persembahan di acara festival muzik, Nusa Fest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Tambah vokalis kumpulan Wings ini, keputusannya untuk menamatkan konflik itu juga didorong oleh faktor usia.

Selama 4 tahun 'bermusuh', Awie dan Amy akhirnya berdamai, rupanya ini punca yang berlaku 4 tahun lalu

“Kita pun makin hari makin tua. Kubur pun memanggil-manggil. Cukuplah.

‘Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengaturnya kerana menyatukan kami semula.

“Saya bersyukur dan menyifatkan usaha ini sebagai asbab untuk kami berbaik dan pahalanya sangat besar,” luah penyanyi lagu Sejati ini.

Konflik membabitkan dua penyanyi ini timbul selepas Amy mengakui terluka dengan komen Awie yang mendakwanya mengabaikan arwah Yazit ketika sakit.

Kata Amy, tuduhan yang dilempar Awie sebagai tidak berasas dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak sahaja.

Terdahulu, momen pertemuannya dengan Amy itu turut diabadikan Awie menerusi hantaran di Instagram (IG).

Baca Lagi:
6 keburukan yang anda patut tahu tentang pemasangan ‘billboard’ di jalan raya
Legenda bola sepak Barcelona, Luis Suarez meninggal dunia
Modal RM50, cuci RM21,000, rezeki peniaga buka guni ‘bundle’ Korea temui duit
CATEGORIES