Selama 35 tahun baru sedar rupa-rupanya aku bukan anak kandung, ibu pernah curang ketika abah outstation

Photo of author

By Joe

Selama 35 tahun baru sedar rupa-rupanya aku bukan anak kandung, ibu pernah curang ketika abah outstation. Dalam agama Islam, nasab merupakan perkara wajib yang perlu dititikberatkan. Terdapat pelbagai kesan negatif melibatkan masa hadapan dan keturunan si anak jika hal ini dipandang ringan.

Seperti luahan individu ini, dia mendapat tahu bukan darah daging bapa selepas 35 tahun hidup. Perkara itu terbongkar apabila dia diberi petunjuk untuk melakukan ujian DNA. Ibu mengaku dia adalah hasil hubungan sulit ketika bapanya keluar outstation.

Lebih menyedihkan apabila si ibu merahsiakan kebenaran tersebut daripada pengetahuan bapa. Malah, ketika si anak berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu, si bapa menjadi wali pernikahannya. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selama 35 tahun baru sedar rupa-rupanya aku bukan anak kandung, ibu pernah curang ketika abah outstation

Jelas individu ini lagi, ketika luahan dibuat bapanya yang sakit masih tidak mengetahui hal sebenar. Apabila bertanyakan hal itu kepada ibu, ibunya hanya mampu diam dan menangis.

Malah, wanita ini juga berasa bimbang untuk memaklumkan status perkahwinannya yang tidak sah itu kepada suami. Dia kecewa menerima hakikat anak-anaknya adalah hasil perkahwinan yang tidak sah. Nauzubillah.

Peguam syariah, Hasanah Johari yang mengulang siar kisah tersebut berharap perkongsian ini dapat dijadikan sebagai pengajaran. Menurutnya, isu nasab bukanlah perkara main-main. Ibu atau bapa tidak seharusnya menipu kerana ianya boleh merosakkan keturunan.

Katanya lagi, pengadu harus ke mahkamah syariah untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Baca Lagi:
Tak mahu terpalit sama, akhirnya Sofi Jikan dedah apa yang berlaku di set pengambaran menyebatkan Aaron Aziz dibuang Syamsul Yusof
Bayaran Tambahan Fasa 2 RM300 telah mula dikreditkan hari ini, semak sekarang
Hadiah ulang tahun, Rozita Che Wan kongsi bagaimana rumah banglo RM10 juta berjaya dibina sepenuhnya