Selama 22 tahun ayah merantau cari anak hilang, tak sangka akhirnya dapat jumpa kembali

Selama 22 tahun ayah merantau cari anak hilang, tak sangka akhirnya dapat jumpa kembali

Selama 22 tahun ayah merantau cari anak hilang, tak sangka akhirnya dapat jumpa kembali. Seorang ayah di China dilaporkan telah menemui semula anak lelakinya yang diculik selepas mendedikasikan masanya hampir 22 tahun dalam misi mencari tersebut.

Memetik Oddity Central, anak lelakinya itu dilaporkan telah ditemui di bandar sejauh 900 kilometer dari lokasi terakhirnya.

Pada 9 Oktober 2001, Lei Wuze telah meninggalkan rumahnya di Yueyang, wilayah Hunan tanpa mengetahui bahawa itu adalah kali terakhir dia akan melihat anaknya.

Selama 22 tahun ayah merantau cari anak hilang, tak sangka akhirnya dapat jumpa kembali

Lelaki itu meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun yang sedang bermain di bawah pengawasan salah seorang jirannya.

Wanita itu kemudian memberitahu polis bahawa mereka telah bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan di jalanan. Suspek kemudiannya telah memasang perangkap untuk budak itu dan menculiknya apabila wanita tersebut tidak menyedarinya.

Kehilangan itu telah membuatkan Lei sangat kecewa, namun dia tidak pernah putus harapan untuk bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Dia segera memulakan misi pencariannya di dalam dan sekitar Yueyang sambil memegang gambar anak lelakinya.

Lei Wuze

Dia juga dikatakan menahan orang ramai yang berada di laluan lalu lintas untuk bertanya sama ada mereka pernah melihat anak lelakinya itu.

Tahun demi tahun berlalu, akhirnya usaha Lei Wuze yang berterusan membuahkan hasil.

Sepanjang 22 tahun menghabiskan masa mencari anaknya, Lei Wuze juga sempat berkenalan dengan ibu bapa lain yang mengalami nasib sama.

Melihat kenalannya bersatu semula dengan anak-anak mereka yang diculik telah memberinya harapan untuk bertemu semula dengan anaknya suatu hari nanti.

Walaupun semakin meningkat berusia dan tidak larat, dia tidak pernah berputus asa dalam misi pencarian tersebut.
Sebaliknya, dia berusaha lebih gigih dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Malah dia telah menggunakan teknologi pengecaman muka dalam membantu mencari anaknya.

Sepanjang dua dekad terakhir, Lei Wuze telah bertemu dengan lebih 300 anggota polis yang cuba membantunya. Dia juga telah melawat ratusan bandar di seluruh China demi mencari anak lelakinya itu

Lei Wuze2

Akhirnya segala usaha berpihak kepada Lei Wuze selepas perisian pengecaman muka yang digelar ‘Prototaip Pengecaman Muka 2.0’ oleh akhbar China berjaya mengesan anaknya.

Awal tahun ini, Wuze dimaklumkan bahawa DNAnya sepadan dengan seorang DNA seorang lelaki berusia 26 tahun di Shenzen. Ia dijumpai sejauh 900 kilometer dari lokasi kehilangan kanak-kanak tersebut pada 22 tahun yang lalu.

Hasil ujian DNA yang kedua akhirnya telah mengesahkan bahawa pencarian itu telah berakhir.

Wuze menganggarkan bahawa dia telah mendedikasikan lebih 70 peratus masanya selama 22 tahun yang lalu hanya untuk mencari anaknya.

Lei Wuze yang membeli hadiah setiap kali ulang tahun kelahiran anaknya itu akhirnya telah bertemu dengan anak lelakinya yang berusia 26 tahun pada hujung bulan lalu.

Ia merupakan penemuan semula yang menyentuh hati ramai setelah pencarian lebih dua dekad lamanya.

Baca Lagi:
Kilang jadi huru-hara, 100 pekerja kena rasuk minta ‘mau kepala’
Guru kerja lebih masa meninggal dunia, keluarga terima wang pampasan RM2.6 juta
Hukum solat tanpa pakaian dalam, sah atau tidak?, ini penjelasan buat anda solat lebih tenang
CATEGORIES