“Selalu kongsi rezeki dengan anjing liar, pemuda ini tak sangka rezeki datang melimpah mampu hadiahkan ibu kereta”

“Selalu kongsi rezeki dengan anjing liar, pemuda ini tak sangka rezeki datang melimpah mampu hadiahkan ibu kereta”

“Selalu kongsi rezeki dengan anjing liar, pemuda ini tak sangka rezeki datang melimpah mampu hadiahkan ibu kereta. “Saya cuma berkongsi rezeki yang ada kerana anjing juga makhluk Allah. Tak sangka apa yang saya buat itu buka pintu rezeki yang lebih luas sampai ke hari ini hingga dapat berkongsi dengan keluarga,” kata Muhamad Faiz Basirun.

Pemuda mesra disapa Faiz yang menetap di Kampung Kumpulan A, di sini, dikenali di TikTok kerana sering memuat naik video menunjukkan rutin hariannya memberi makan kepada sekumpulan anjing liar.

Berkat keikhlasannya, Faiz, 21, mendapat banyak tawaran termasuk menjadi lima duta produk dan terbaru, pempengaruh media sosial itu berkongsi kejayaannya membelikan kereta model Toyota Yaris buat ibunya, Syarrina Mohd Hamzah, 45.

"Selalu kongsi rezeki dengan anjing liar, pemuda ini tak sangka rezeki datang melimpah mampu hadiahkan ibu kereta"

Kisah itu mendapat perhatian selepas Faiz berkongsi videonya membuat kejutan kepada ibunya di TikTok.

Bercerita lanjut, Faiz bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan ibunya kerana sudah lama menyimpan keinginan itu.

“Waktu sekolah rendah, keluarga saya susah dan pernah naik motosikal empat orang.

“Susahnya hidup dulu kerana tiada kereta jadi selalu juga mandi hujan.

“Bagaimanapun, emak dan abah berusaha kumpul duit hingga akhirnya mampu beli kereta Perodua Kancil dan itu pun sudah buat kami sekeluarga berasa gembira yang teramat.

“Mana tidaknya, kami tidak perlu lagi mandi hujan selepas ada kereta,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

@faiz.aizif Ya Allah, Menitis Air Mata Edit Video Nih. Terima Kasih Ya Allah. Terima Kasih Untuk Segalanya. Terima Kasih Izinkan Hambamu Ini Untuk Merealisasikan Impian Ini. ❤️ Ambik Berkat Sehari Sebelum Ramadan. Semoga Saya Digandakan Pahala Dan Rezeki Lagi. Amin ya Mujib❤️ Terima Kasih Kak @AzieRazzia Tolong Uruskan Hal Kereta Faiz ! Service Tiptop🔥 #fyp #faizaizif #ceoanjing #ceobulus #beletiaq #viral ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

Faiz berkata, kereta itu masih ada sehingga kini dan boleh digunakan lagi untuk menghantar adiknya ke sekolah dan kakak ke tempat kerja.

“Bagaimanapun, saya sudah simpan niat jadi hadiahkan juga kereta baru sebagai tanda terima kasih kepada enak kerana melahirkan, membesarkan dan sering mendoakan saya.

“Bagi saya, pemberian saya itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan emak ketika membesarkan saya dan adik beradik lain,” katanya.

Baca Lagi:
Proton S50 versi Ajerul bakal gegarkan pasaran tahun ini
Bantuan bakul makanan RM600 untuk semua isi rumah, semak sekarang!
Polis benarkan banduan peluk anak di penjara tular
CATEGORIES