Selalu fikir bukan-bukan pasal isteri, akhirnya saya melihat dengan mata kepala sendiri

Selalu fikir bukan-bukan pasal isteri, akhirnya saya melihat dengan mata kepala sendiri

Selalu fikir bukan-bukan pasal isteri, akhirnya saya melihat dengan mata kepala sendiri. Saya seorang pegawai polis dan sepanjang perkahwinan kami ada 2 orang anak. Setiap kali saya balik petang, saya tengok rumah dalam keadaan yang baik, makanan pun terhidang. Sedangkan kami ada 2 orang anak dan isteri menjaga 3 orang anak asuhan. Saya dalam diam balik rumah ketika isteri tak sedar, dan saya terk3jut lihat semua yang isteri buat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga facebook semua. Admin tolong hide fb ni, fb orang rumah saya. Saya nak kongsi pengalaman saya terutama untuk abang – abang, kaum lelaki dan para suami di luar sana.

Kisahnya macam ni, saya seorang suami yang sedang cuba menjadi yang terbaik untuk isteri saya dan juga seorang babah yang terbaik untuk 2 orang puteri saya. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis, jadi masa bersama keluarga memang agak terhad.

Selalu fikir bukan-bukan pasal isteri, akhirnya saya melihat dengan mata kepala sendiri

Tapi walau macam mana pun saya cuba juga cari masa untuk bantu isteri saya di rumah. Kalau ada masa saya akan balik ke rumah sekejap dalam 2 jam, pada waktu petang dalam pukuI 2 petang dan pergi kerja semula.

Kemudian balik pula dalam pukuI 9 ke 10 malam. Memang itulah rutin harian apabila saya bekerja. Masa saya balik waktu petang, selalunya saya akan tengok kalau – kalau ada kerja yang boleh di buat atau apa – apa yang boleh saya bantu isteri tapi saya pelik, baju dah dijemur, singki dah bersih, baju dalam bakul pun dah dilipat, makanan juga dah disiapkan.

Saya berasa sangat pelik macam mana isteri saya menyiapkan semua kerja. Sedangkan dalam masa yang sama, dia jaga dua anak kami yang masih kecil. Bayangkan anak kedua baru berumur setahun dan anak pertama kami pula berumur 4 tahun.

Isteri saya bukanlah surirumah sahaja malah dia juga mencari pendapatan dengan mengambil anak asuhan seramai 3 orang, yang juga masih kecil – kecil. Satu hari isteri saya tak sihat dan saya mengambil cuti 2 hari serta mengambil alih kerja rumah.

Dari pagi sampai petang hanya dapat menyiapkan beberapa kerja sahaja, rumah juga berseIerak dengan anak bermain. Saya jadi str3ss dan ada marah sikit pada anak yang sulung. Isteri saya yang tengok saya marahkan anak ikot terasa hati, disebabkan itu saya telah berfikir yang bukan – bukan pasal isteri saya.

Adakah isteri saya memanggil seseorang untuk membantu dia di rumah tanpa pengetahuan saya tapi tidaklah sampai meluahkan apa yang saya fikir. Jadi selepas 2, 3 hari dari kejadian tu, dalam diam – diam saya balik ke rumah waktu pagi dalam pukuI 11, lain dari waktu kebiasaan saya.

Saya yakin masa ni mesti banyak lagi kerja yang belum siap dan saya juga boleh tengok kalau – kalau ada sesiapa yang membantu isteri saya di rumah. Oh ya, untuk pengetahuan, kami tinggal di ber3k polis yang mana bersebeIahan je dengan pejabat saya, jadi saya boleh lari – lari sekejap balik rumah kalau ada hal apa – apa.

Sambung semula hal tadi, semasa saya balik waktu pagi tu, diam – diam saya masuk rumah, tengok anak – anak elok bermain mainan dalam 1 bilik. Ketika itu ruang tamu bersih, saya terus ke dapur, baju sedang dibasuh dalam mesin.

Dekat atas dapur gas, sedang ada 2 masakan yang tengah dimasak, api pon belum tutup, nasi pulak sedang ditanak. Saya mencari pula keIibat isteri saya, saya nampak dia ada dalam bilik sebeIah sedang lipat baju yang diangkat semalam, dalam tengah lipat baju dia berlari ke dapur mengangkat ayam yang digoreng dan kuah yang dimasak.

Masak pulak lauk yang lain sementara nak tunggu masak, dia jemur baju. Masa tu baru saya tau macam mana dia boleh siapkan semua kerja. Bila saya balik rehat waktu petang, ada sikit rasa bersalah sebab dah pikir yang bukan – bukan tentang isteri saya.

Sejak tu saya mula berubah, tidak lagi marah – marah anak dan cuba jugak buat kerja waktu malam walaupun penat. Saya juga sedar, dasy4tnya para isteri ni boleh buat 4, 5 kerja dalam 1 masa, sangat hebat. Para suami sekalian, hargailah isteri masing – masing.

Ingatkan kerja kita cari nafkah dah cukup penat tapi saya silap rupanya jaga anak jaga rumah lagi penat tenaga dan kena kuat mental. Buat isteri, terima kasih dah sanggup k0rbankan masa, tenaga untuk keluarga kita. Sanggup jadi suri rumah dan tak pernah meIawan saya. Semoga awak jadi isteri saya sampai syurga.

Komen warganet :

Ruse Elly Nawi : Baru kau tau dik, baik kau minta maaf kat wife sebab dah buruk sangka kat dia. Para isteri ni dik, dia bukan sekarang nak buat, sekarang fikir. Kami fikir dulu dari minggu lepas lagi, apa nak buat minggu ni.

Kadang – kadang dari bulan lepas dah plan apa nak buat bulan ni. Haaaaaaaa., hebat tak? Sambil mengemas boleh membasuh, sambil membasuh boleh masak, sambil masak boleh mandikan anak, sambil mandi anak boleh berus bilik air, kemudian jemur kain, lepas tu sapu pulak laman, Iipat kain dan sebagainya. Itulah kitaran wanita bernama surirumah.

Must Yant : Perempuan itu diciptakan multi tasking, tapi sebenarnya tak semua benda dia kena buat, cuma sebab perempuan ini ada sifat beIas ihsan untuk membantu, sebab itu kaum lelaki kena lebih memahami perempuan, penghargaan tu penting jugak. Tahniah tuan berjaya memecahkan sifat eg0 tuan. Semoga bahagia hingga ke jannah, aamiin..

Nur Fatimah : Ye, benda ni pun buatkan suami saya pelik macam mana saya boleh selesaikan semua benda dalam masa satu hari. Walaupun saya ni bekerja, balik dari office penat, tapi bila sampai rumah autom4tik penat tu hilang, terus urus anak – anak dan rumahtangga.. Sampai kadang – kadang saya pun pelik macam mana wanita boleh jadi sekuat ini.

Mudzlifah Ifah : Macam tu perjalanan hidup saya dulu waktu anak – anak masih kecil dan saya hidup di rantau orang tak ade siapa yang membantu jauh dari keluarga. Suami kerja m4rin, sentiasa tiada di rumah tapi alhamdulillah semua settel kerja rumah saya. Jadi isteri kena pantas buat kerja, tambah lagi bila kita ada anak kecik.

Saya hidup puas merantau tapi alhamdulillah bab uruskan rumahtangga saya tiada masalah walaupun suami selalu tiada di rumah. Suami banyak kerja outstation. Seawal 5 pagi saya dah bangun untuk siapkan bekal untuk anak ke sekolah dan pagi pula hantar anak ke tadika. Tengahari lari ambil anak ke sekolah kebangsaan, semua kerja saya selesai tanpa bantuan sesiapa.

Kamariah Ahmad : Seorang isteri akan ada 10 tangan meskipun hakik4tnya cuma ada 2 tangan. Belajarlah menghargai isteri dan jangan cepat menghukvm atas kesalahan – kesalahan kecil. Isteri akan lebih rasa disayangi andai mendapat suami yang bertanggungjawap dan menghargai isteri.

Jal Jal : Aku sebelum solat subuh dah basuh baju, lepas solat subuh mop lantai dapur kering dan basah. Sementara tu aku kemas bahagian ruang tamu dulu. Semuanya sebab aku kesian tengok bini aku tu penat melayan anak. Lepas subuh kami semua tidur balik. Apa salahnya laki tolong apa yang boleh.

Baca Lagi:
Pernah putus tunang 2 kali, Nasha Aziz akhirnya umum berita gembira pada usia 51 tahun
Penduduk kampung nampak kelibat harimau di taman perumahan Tanjung Malim
Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat
CATEGORIES