Selain kad merah dan kuning, bola sepak perkenal kad biru, ini fungsinya

Selain kad merah dan kuning, bola sepak perkenal kad biru, ini fungsinya

Selain kad merah dan kuning, bola sepak perkenal kad biru, ini fungsinya. Peminat bola sepak, pengurus-pengurus Liga Perdana Inggeris dan bekas pemain menyelar pengenalan layangan kad biru dalam sukan itu.

Legenda Arsenal, Paul Merson berkata, idea berkenaan membuang masa dan akan menjadikan permainan bola sepak lebih membosankan.

Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou, Sean Dyche (Everton) dan Roy Hodgson (Crystal Palace) antara pengurus Liga Perdana Inggeris yang pernah menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan kad biru ini.

Selain kad merah dan kuning, bola sepak perkenal kad biru, ini fungsinya

Dengan isu berkenaan VAR masih belum berjaya diselesaikan, yang diakui sendiri bos Liga Perdana Inggeris, Tony Scholes, kemunculan kad biru pasti akan membuatkan peminat dan pengurus lebih berang.

Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa dijangka akan mengumumkan tambahan kad biru untuk permainan hari ini, yang membolehkan pengadil menghantar pemain keluar selama 10 minit untuk kesalahan kecil.

“Ia akan menjadi permainan bola sepak paling membosankan. Ia sesuatu yang sangat membazirkan masa,” kata Merson.

Pengadil kini boleh melayangkan kad biru bagi menghalang kekasaran lebih serius serta ancaman terhadap pegawai perlawanan.

Ia juga berfungsi seperti kad kuning, boleh bertukar kepada kad merah jika dilayangkan dua kali dalam satu perlawanan atau kombinasi biru dan kuning.

Ia adalah kali pertama warna baharu kad diperkenalkan dalam bola sepak sejak kad merah dan kuning digunakan pada Piala Dunia 1970.

Bagaimanapun penggunaan kad biru hanya akan dilakukan ke atas perlawanan Piala FA lelaki dan wanita tahun depan.

Baca Lagi:
Ayah terkejut anak tabur pasir dalam enjin Lamborghini yang bernilai RM5.18 juta
Selamba warga asing berbasikal tengah jalan, buat macam negara sendiri
“Dunia akhir zaman, masing-masing jagalah anak bini”- Warganet kecam orang awam bergambar dengan ‘hot daddy’
CATEGORIES