Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

kucing 1

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan.

Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing dalam satu kejadian di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada 16 April lalu.

Tertuduh, Janting Anak Keling, 63, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing menyebabkan kucing tersebut mati.

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

Dia didakwa melakukan perbuatan itu disebuah taman permainan kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada pukul 4.30 pagi, 16 April lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya yang menetap di kawasan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 25 Mei untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Difahamkan, mahkamah tidak menjatuhkan hukuman walaupun tertuduh telah membuat pengakuan bersalah adalah bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap dokumen kes terlebih dahulu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya.

Terdahulu, media melaporkan tertuduh ditahan selepas satu laporan polis dibuat keatasnya oleh seorang penduduk kawasan perumahan itu yang menjadi saksi kepada kejadian tersebut.

Baca Lagi:

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Pencuri ayam hayun parang ditembak mati ketua kampung

Dulu hanya jual aiskrim naik basikal dan tidak pandai BI, kini bergelar Tan Sri

Leave a Reply

Your email address will not be published.