Sekeping tiket bernilai RM48,358, ada peminat sanggup bayar

Sekeping tiket bernilai RM48,358, ada peminat sanggup bayar

Sekeping tiket bernilai RM48,358, ada peminat sanggup bayar. Tiket untuk perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina menentang Perancis, malam semalam secara rasminya sudah habis terjual.

Namun, masih ada peminat yang berharap dapat membelinya pada saat akhir supaya impian mereka untuk menyaksikan perlawanan epik itu tidak terlepas.

Dilaporkan, ada peminat yang sanggup membelinya daripada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan di atas angin di pekarangan stadium dengan harga 9,000 pound (RM48,358) iaitu berkali ganda daripada harga asal.

Bagi aksi final itu, tiket yang dijual untuk kategori 1 berharga RM7,098 sekeping, kategori 2 (RM4,430), kategori 3 (RM2,668), dan kategori empat (RM910).

Sekeping tiket bernilai RM48,358, ada peminat sanggup bayar

Sementara itu, sistem Metro Qatar mengalami kesesakan luar biasa apabila beribu-ribu penyokong Argentina mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara pasukan itu menentang Perancis di Stadium Lusail.

Metro adalah laluan utama untuk penyokong pergi ke stadium, yang menjadi venue pertempuran kedua-dua pasukan.

Jawatankuasa Tertinggi, yang telah menyelia persiapan untuk kejohanan itu, berkata pegawai keselamatan ‘menghentikan’ orang ramai di pintu masuk Metro sebelum membenarkan mereka masuk ke stesen utama untuk melancarkan pergerakan.

Pemandu teksi pula terpaksa menurunkan beberapa penyokong 50 minit dari Stadium Lusail untuk mengelakkan kesesakan.

Qatar Rail mengesahkan tempoh masa menunggu menjadi lebih panjang bagi perkhidmatan metro kerana permintaan yang tinggi.

Stadium Lusail mempunyai kapasiti 88,966.

Kira-kira 50,000 penyokong Argentina dijangka menghadiri aksi final berkenaan, manakala 6,000 penyokong Perancis dijangka berada di dalam Stadium Lusail.

Baca Lagi:
Real Hero! Pelajar 14 tahun selamatkan budak perempuan dari mati lemas
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
CATEGORIES