Sejarah 7-Eleven bermula dengan hanya menjual ais yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Sejarah 7-Eleven bermula dengan hanya menjual ais yang ramai tak tahu. Jenama 7-Eleven atau lebih dikenali sebagai 7-E adalah jenama kedai serbaneka yang popular di Malaysia.

Dengan lebih 2,400 cawangan di seluruh negara, jenama ini menjadi pilihan ramai kerana kemudahannya, waktu operasi 24 jam, dan pelbagai produk yang memenuhi keperluan harian pelanggan.

Di Malaysia, 7-Eleven yang dikendalikan oleh 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad mula bertapak pada 9 Oktober 1984 dengan cawangan pertama di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sejarah 7-Eleven bermula dengan hanya menjual ais yang ramai tak tahu

Sejak itu, ia berkembang pesat dan menjadi rangkaian kedai serbaneka terbesar di negara ini.

Untuk rekod, 7-Eleven sebenarnya berasal dari Dallas, Texas, Amerika Syarikat dan mula ditubuhkan pada 1927 oleh J C Thompson yang memiliki Southland Ice Company.

Pada mulanya, kedai tersebut hanya menjual ais sebelum berkembang kepada produk runcit lain.

Nama 7-Eleven diperkenalkan pada tahun 1946, merujuk kepada waktu operasi kedai berkenaan yang bermula dari 7 pagi hingga 11 malam.

Perubahan gaya hidup moden dan keperluan pelanggan kemudiannya menyaksikan syarikat itu memperkenalkan konsep kedai 24 jam pada tahun 1963.

Walaupun berasal dari AS, kejayaan global 7-Eleven sebenarnya bermula di Jepun. Pada tahun 1974, Ito-Yokado Group, sebuah syarikat runcit Jepun, memperoleh hak francais untuk mengendalikan 7-Eleven di Negara Matahari Terbit tersebut.

Antara keunikan yang menyumbang kepada perluasan tersebut adalah keupayaannya menyesuaikan konsep 7-Eleven dengan budaya dan gaya hidup Jepun.

Ia termasuk menawarkan makanan segar tempatan seperti onigiri, bento, dan Oden, di samping memanfaatkan teknologi untuk sistem pengurusan stok dan bekalan yang lebih cekap.

Sejarah 7-Eleven bermula dengan hanya menjual ais yang ramai tak tahu

Disebabkan kejayaan tersebut, Seven & I Holdings, iaitu syarikat induk 7-Eleven Jepun akhirnya mengambil alih keseluruhan operasi 7-Eleven global pada tahun 2005, menjadikannya sebagai sebuah syarikat milik Jepun.

Selepas kejayaan di negara tersebut, 7-Eleven mula mengembangkan sayapnya ke negara Asia lain seperti Taiwan pada tahun 1979, Thailand (1989), Korea Selatan (1989), Malaysia (1984), dan China (1992).

Selain itu, 7-Eleven juga berjaya memasuki pasaran Eropah dan Asia Barat termasuk Denmark, Sweden, UAE, dan Turkiye.

Kejayaan 7-Eleven dalam berkembang ke seluruh dunia bukan hanya disebabkan oleh bilangan cawangan yang banyak, tetapi kerana strategi utama yang dijalankan antaranya melalui model francais antarabangsa dengan kerjasama syarikat tempatan.

Langkah ini membolehkan syarikat memahami pasaran tempatan dengan lebih baik, sekali gus memastikan penyesuaian produk dan konsep mengikut budaya setempat bagi memenuhi kehendak pelanggan di setiap negara.

Sebagai contoh, di Malaysia, 7-Eleven turut memperkenalkan 7-Cafe bagi menarik lebih ramai pelanggan yang tertarik dengan budaya menikmati kopi dan makanan panas seperti pastri.

Baca Lagi:
Datang tarawih dapat duit RM80, beratus jemaah serbu masjid sejak 5 petang
“Kadang tak menjadi sebab ‘senjata’ tak hidup” – Isteri kecewa dapat tahu suami bernafsu songsang
Masjid Putra Nilai sedia khidmat ‘Nurseri Ramadan’ buat para jemaah yang bawa anak kecil