“Sejak kahwin tak pernah balik kampung sebab setiap tahun beranak”, Wanita umur 36 tahun ada anak 11 orang raih perhatian ramai. Seorang wanita dari Subang, wilayah Jawa Barat, telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai 11 orang anak pada usia 36 tahun, lapor laman berita Merdeka semalam.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita bernama Liya itu menjelaskan bahawa dia berkahwin dengan seorang lelaki dari Jordan pada usia muda.
Menurut Liya, anak sulungnya berusia 16 tahun, diikuti dengan anak kedua berusia 15 tahun, anak ketiga berusia 14 tahun, anak keempat berusia 12 tahun, anak kelima berusia 10 tahun, anak keenam berusia sembilan tahun, anak ketujuh berusia tujuh tahun, anak kelapan berusia enam tahun, anak kesembilan berusia empat tahun, anak kesepuluh berusia dua tahun, dan yang paling kecil berusia sembilan bulan.
Tambah Liya, yang kini menetap di Jordan, dia hamil hampir setiap tahun sejak berkahwin pada tahun 2007.
“Inilah keluarga besar saya. Sejak berkahwin, saya belum pernah pulang ke Indonesia kerana hampir setiap tahun hamil dan melahirkan anak.
“Doakan kami dapat pulang ke Indonesia tanpa sebarang halangan,” ujarnya.
Video tersebut telah tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Banyak anak, murah rezeki,” kata seorang netizen.
“Zaman sekarang jarang kita mendengar orang mempunyai anak ramai. Semoga anda sekeluarga sentiasa sihat,” kata pengguna media sosial lain.
@88liya0Yang tadi nya cinta terhalangi karena perbedaan negara sekarang alhamdulilah berkah sampai anak 11 suami asli jordan istri dari indonesia subang♬ Pernikahan Dini – Cita Citata