“Sebut ikan paus lebih 30 kali”- Video ikan paus muncul di Pulau Redang raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

“Sebut ikan paus lebih 30 kali”- Video ikan paus muncul di Pulau Redang raih perhatian ramai. Seekor ikan paus sedang berenang ditemui oleh sekumpulan individu yang menaiki bot di Pulau Redang, Terengganu hari ini.

Video berdurasi 44 saat yang memaparkan penemuan mamalia laut itu dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan akaun @akihiro_san28 dan telah tular dengan tontonan melebihi 206,000.

Dalam video tersebut, suara latar menyebut, “Ikan paus, ikan paus, ikan paus, ikan paus, turun ma, selam pergi sana ikan paus,” berulang kali, menarik perhatian netizen.

"Sebut ikan paus lebih 30 kali"- Video ikan paus muncul di Pulau Redang raih perhatian ramai

Ada yang mengatakan individu tersebut telah menyebut perkataan “ikan paus” lebih 30 kali dalam masa kurang dari satu minit.

Di ruangan komen, ramai yang berseloroh mengatakan bahawa mamalia laut tersebut mungkin ingin turut serta dalam program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, bermula semalam hingga hari ini.

“Mungkin ikan paus nak pergi dekat RXZ Member,” kata @belacanusang.

“Tak sangka ikan paus pun nak sertai RXZ Member. Apa pun, Terengganu pantainya cantik, semua orang suka ke sana. Lokasi santai terbaik,” kata Miera Mohd.

“Seronok tengok ikan paus depan mata, ciptaan Allah yang mengagumkan,” ujar Zue Adam.

@akihiro_san28 Buat pertama kali ikan paus di temui di pulau redang #fyp #pulauredang #ikanpaus #utusantv #mstar #majoriti ♬ original sound – Akihirosan

Baca Lagi:
Tengah mancing pak belang datang depan muka, cara kaki pancing kawal keadaan raih perhatian ramai
Rakaman lelaki terbang kena tiup angin ketika ‘tai chi’ taufan
Ramai tak tahu, Tun V.T. Sambanthan pernah jadi Perdana Menteri Malaysia untuk satu hari