Sebelum ini pemenang dapat hadiah kereta, ramai persoal kenapa Bell Ngasri tak dapat hadiah kereta, ini penjelasan penaja ABPBH 35

Sebelum ini pemenang dapat hadiah kereta, ramai persoal kenapa Bell Ngasri tak dapat hadiah kereta, ini penjelasan penaja ABPBH 35

Sebelum ini pemenang dapat hadiah kereta, ramai persoal kenapa Bell Ngasri tak dapat hadiah kereta, ini penjelasan penaja ABPBH 35. Pada Jumaat lalu, pelakon dan pelawak Bell Ngasri menepati ramalan apabila menerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35).

Beliau yang memenangi dua kategori iaitu Anugerah Bintang Popular dan Artis Komedi Popular untuk edisi kali ini telah membawa pulang trofi dan tajaan pakej umrah pada acara yang berlangsung di Istana Budaya itu.

Bagaimanapun, timbul persoalan orang ramai mengenai hadiah yang diperoleh pemenang utama yang mana sebelum ini pemenang ABPBH menerima hadiah sebuah kereta. Namun, berbeza pula hadiah yang diberikan pada edisi kali ini.

Sebelum ini pemenang dapat hadiah kereta, ramai persoal kenapa Bell Ngasri tak dapat hadiah kereta, ini penjelasan penaja ABPBH 35

Pakej umrah adalah hadiah istimewa buat Bell Ngasri

Menjawab isu tersebut, penaja utama ABPBH 35 iaitu Fellera Skin, Syarifah Khyra Muhsin tampil memberi penjelasan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Syarifah berkata hadiah pakej umrah yang diberikan kepada Bell akan menjadi satu hadiah istimewa terutamanya ketika beliau berada di sana.

@callmekhyra Penjelasan Berkenaan Hadiah Yang Diterima Oleh Bintang Paling Popular Berita Harian 2023, Bell Ngasri. 😘 #share #jellyajaibviral #bellrossaadvances #foryoupage #fypシ #isuviral #abpbh35felleraskin #bellngasri #abpbh35 ♬ original sound – syarifahkhyra

Menurutnya, hadiah kereta yang diberikan kepada pemenang sebelum ini adalah daripada penajaan syarikat kenderaan itu sendiri.

“TV3 dan Berita Harian memang hanya menyediakan trofi sebagai penghargaan. Macam saya sendiri hanya mengeluarkan satu kos untuk menaja keseluruhan program.

“Tapi saya membuat penambahan iaitu memberi hadiah pakej umrah kepada Bell Ngasri,” katanya.

Ujarnya, dia dan suaminya tetap akan memberikan pakej umrah itu kepada Bell Ngasri meskipun beliau tidak memenangi anugerah Bintang Popular.

“Saya pun tak sangka sebenarnya selepas bagi tu baru saya tahu yang Bell bernazar untuk pergi ke umrah sekiranya dia menang Bintang Paling Popular.”

Sementara itu, Syarifah berkata pihaknya juga telah merancang untuk mengadakan sebuah majlis makan malam untuk meraikan kesemua pemenang dan finalis-finalis ABPBH 35.

Malah, dia turut mendedahkan akan menambah hadiah istimewa kepada Bell sebagai penghargaannya selama 37 tahun berkecimpung dalam industri seni.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin di konti Hot FM berseloroh mengatakan pelawak berusia 43 tahun itu kononnya ‘mengamuk’ kerana tidak menerima hadiah kereta daripada pihak penaja ABPBH 35 selepas salah satu trofi dibawa mempunyai kesan kemek.

Bell juga diberi kejutan apabila terdapat sebuah syarikat bakal menghadiahkan sebuah kereta sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

Baca Lagi:
Bina rumah agam mewah untuk pelajar tahfiz, rupanya ayah mertua MK seorang hartawan ‘humble’ yang ramai tak tahu kisahnya
Biodata Ngasri Sain, ayah kepada 3 beradik terkenal, Bell Ngasri, Anne Ngasri dan Darling Ngasri yang ramai tak tahu
Dihalau pihak bank sebab pakai baju koyak, lelaki tak puas hati kembali semula sampai pihak bank panggil dia ‘tuan’
CATEGORIES