Sebelum ini baca kisah orang je, tapi kali ini terjadi pada aku sendiri, ‘rusa mainan berhantu’

Sebelum ini baca kisah orang je, tapi kali ini terjadi pada aku sendiri, ‘rusa mainan berhantu’

Sebelum ini baca kisah orang je, tapi kali ini terjadi pada aku sendiri, ‘rusa mainan berhantu’. Seorang ibu terpaksa membuang rusa mainan milik anaknya yang dipercayai berhantu dan sering menganggu keluarganya ketika mereka tidur.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh wanita itu menerusi akaun TikTok miliknya @sarasaera1, dia secara umum telah menerangkan mengenai pelbagai kejadian aneh yang berlaku sejak barang mainan itu dibeli.

“Dah lama tahan, kali ini betul-betul nekad. Terlalu banyak kejadian aneh, tidak mahu percaya tetapi kena percaya juga sebab terlalu kerap terjadi, sebelum ini aku baca kisah orang sahaja tetapi kali ini terjadi pada aku sendiri,” jelas @sarasaera1

Sebelum ini baca kisah orang je, tapi kali ini terjadi pada aku sendiri, 'rusa mainan berhantu'

Wanita tersebut juga mendakwa bahawa terlalu banyak gangguan datang daripada mainan itu, sekali gus mengganggu emosi bukan sahaja anaknya tetapi tetamu yang datang menginap di rumahnya.

“Anak aku seolah main dengan seseorang apabila dia bermain dengan benda (mainan) ini.

“Semalam ada tetamu datang tidur di bahagian ruang tamu dan pagi ini dia memberitahu bahawa dia tidak dapat tidur kerana mendengar bunyi seperti orang yang sedang berdengus marah berkali kali, dia yakin bunyi itu daripada mainan ini.

“Pagi ini aku mengambil keputusan, sini sahaja tempat kau (tong sampah), harap selepas ini kau sudah tidak mengganggu aku,” tegas @sarasaera1.

Lantaran perkongsian itu tular, majoriti besar orang ramai menzahirkan rasa seram dan terdapat juga orang ramai yang mengalami kejadian aneh yang hampir sama.

“Betul tu kakak, saya ada juga mainan binatang ni, warna merah. anak kedua saya suka main, dia suka lompat atas itu. Satu malam itu saya sedang solat di ruang tamu, saya perasan mainan duduk dekat kerusi depan pintu bilik. Seusai solat, saya tengok benda itu duduk betul2-betul di belakang, sedangkan semua anak-anak saya sudah tidur ketika itu,” @IdaHearts.

“Biasa kalau benda macam ini kena selalu main dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Nanti ada yang menumpang. Cacatkan mainan itu macam conteng-conteng sikit maksudnya,” komen @fingertouch.

Setakat ini, perkongsian seram tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 2,738 tanda suka dengan 258 perkongsian.

@sarasaera1 korang ada mainan ni ? #fyp #horror ♬ Ghost Twins Singing – Horror Sound Effect – Ultimate Horror Sounds

@sarasaera1 Replying to @adikk2k #fyp #horror ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Baca Lagi:
Gaji Hakim di Malaysia RM45,150.00 sebulan tak termasuk 20 senarai kemudahan, boleh rambang mata tengok angka dan ayat free ni
Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
CATEGORIES