“Sebak baca mesej pelanggan, orang yang nak disambut tak sudi datang, minta pengusaha habiskan kek”. Menerima kejutan atau hadiah sememangnya dapat menggembirakan hati kita.
Apatah lagi jika kejutan itu datang daripada rakan-rakan atau ahli keluarga pada hari lahir kita, pasti ia adalah momen yang sangat manis.
Namun, video yang dikongsi di akaun TikTok ini menyentuh hati ramai dengan cara yang berbeza.
Niat untuk membuat kejutan tetapi orang tersebut enggan hadir.
Menerusi akaun TikTok @picnicwithus0, mereka berkongsi perbualan WhatsApp yang dialami oleh seorang pelanggannya.
Difahamkan, pelanggan berkenaan telah menempah pakej dekorasi piknik untuk sambutan hari jadi. Namun, dia kemudian meminta agar dekorasi tersebut tidak diteruskan.
Menurutnya, orang yang sepatutnya disambut pada hari jadi tersebut tidak mahu hadir. Malah, dia juga meminta agar pengusaha itu memakan kek yang telah dibeli dan menghalalkannya.
@picnicwithus0 sedih baca text dari my customer! banyak kali juga dapat macam ni, i harap setiap orang yang terima suprise hargai apa yang ugais dapat. sebab EFFORT tu lagi mahal dan berharga dari apa pun. makasih. done sedih #fypシ゚viral #picnicpuncakalam #eventplannerkl #viraltiktok #picnickl ♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx